YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Apr 20, 2023

BANTUAN 1 SYAWAL UNTUK GOLONGAN OKU ASNAF

RM1,940 / 38.80 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

113 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama meraikan 1 Syawal dengan menghulurkan bantuan untuk golongan OKU asnaf. Jom kita bantu mereka!


Ramadhan bakal melabuhkan tirai dan sebahagian umat Islam sedang sibuk membuat persiapan bagi menyambut kehadiran 1 Syawal. Namun, bagi mereka yang kurang bernasib baik khususnya golongan OKU asnaf, sambutan Aidilfitri akan menjadi suram dan sedih sekiranya tiadanya simpati dan bantuan dari insan-insan di luar sana. Mereka begitu bergantung harap dengan ihsan orang ramai untuk sama-sama bergembira di hari raya. Walaupun sebahagian mereka ada menerima bantuan dari kerajaan, namun jumlahnya amatlah sedikit untuk menampung kehidupan.



Yayasan Amal Maaruf Malaysia terpanggil untuk kita bersama membantu mereka dengan pemberian duit raya dan barangan keperluan asas harian seperti beras, tepung gandum, gula, telur, makan dalam tin dan sebagainya sebagai persediaan mereka menyambut kedatangan Syawal. Walaupun bantuan ini dilihat kecil, namun ia amat berharga bagi mereka. Sekurang-kurangnya, mereka tetap memiliki makanan asas di rumah. Pemberian ini akan disasarkan kepada 50 orang OKU asnaf yang berada di sekitar negeri Selangor dan Johor.



Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program bantuan ini dan semoga sumbangan yang dihulur akan mengembirakan golongan yang dirai dan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT. Mudah-mudahan, bantuan ini juga akan melahirkan rasa kasih sayang di antara kita sesama insan.



Rasulullah SAW bersabda: “Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berilah makan (kepada yang memerlukan), sambunglah hubungan persaudaraan, solat pada waktu malam ketika manusia sedang tidur, nescaya kamu semua akan masuk syurga dengan sejahtera.” (HR Ibn Majah)



Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Al Hadid: 18)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 30, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 30, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 30, 2023

ERDAWATIE HAMZAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 29, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 29, 2023

Kempen Sumbangan Tamat