YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Jun 16, 2023

INFAQ JUMAAT PEMBERIAN UNTUK ANAK YATIM

RM545 / 9.08 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

26 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menjayakan program bantuan keperluan asas harian untuk anak-anak yatim yang memerlukan bantuan. Jom kita bantu mereka!


Mungkin kita yang ada ibu bapa tidak pernah tergambar bagaimana perasaan anak-anak yatim setelah kehilangan ibu bapa mereka. Ia amat memilukan apatah lagi sekiranya mereka adalah dari golongan miskin dan susah. Sesungguhnya telah hilanglah nikmat kasih sayang dan tempat untuk bergantung dari seorang ibu atau bapa. Oleh sebab itulah, kedudukan anak yatim dalam agama amatlah istimewa sepertimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


"Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya." (Riwayat Ahmad)



Atas dasar menginsafi istimewanya anak-anak yatim ini, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia melalui program Infaq Jumaat untuk minggu ini terpanggil untuk kita bersama membantu anak-anak yatim yang memerlukan bantuan agar keperluan hidup mereka sentiasa mencukupi bagi mengharungi kehidupan seharian.



Oleh itu, pihak yayasan akan menyalurkan bantuan keperluan berbentuk makanan asas kering seperti beras, tepung gandum, bihun, telur, minyak masak dan sebagainya termasuk sedikit bantuan kewangan untuk mereka. Bantuan ini akan memberi manfaat kepada 100 orang anak-anak yatim yang berada di rumah-rumah jagaan anak yatim milik persendirian mahupun mereka yang tinggal bersama keluarga / saudara-mara di Selangor dan Lembah Klang termasuk di kawasan-kawasan lain sekiranya perlu.



Pihak kami berharap agar anda semua dapat bersama-sama menjayakan program bantuan ini demi melihat anak-anak yatim dapat terus dibantu bagi menjalani kehidupan seharian mereka dengan sempurna. Semoga sumbangan yang dihulurkan diberi ganjaran yang besar oleh Allah SWT.



Rasulullah SAW juga ada bersabda: “Demi Allah yang telah mengutusku dengan haq. Allah tidak akan mengazab pada hari kiamat orang yang mengasihi anak yatim, dan lemah lembut pada anak yatim dalam bicaranya, dan mengasihi orang itu pada kemalangan dan kesusahan yatim itu, dan ia tidak sombong terhadap jirannya karena sebab kelebihan yang diberikan Allah padanya”. (HR. Thabrani)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jun 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 23, 2023

JOHN RAMBO

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 23, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jun 23, 2023

Kempen Sumbangan Tamat