YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Apr 14, 2022

SEDEKAH RAMADHAN UNTUK ANAK YATIM TAHFIZ

RM6,021 / 100.35 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

246 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menjayakan program sumbangan Ramadhan agar anak-anak yatim tahfiz terus istiqamah memelihara Al-Quran. Jom kita rebut pahala Ramadhan!


Assalamualaikum Wbt. Jelajah Ramadhan kami ke negeri di bawah bayu sungguh menginsafkan apabila melihat anak-anak yatim miskin yang kehilangan ibu ayah begitu tekun menghafal ayat suci Al-Quran sepanjang hari. Mereka mengejar pahala Ramadhan tanpa putus asa. Mereka ini tinggal di pusat-pusat tahfiz persendirian yang bergantung atas ihsan orang ramai untuk terus beroperasi.


Kesungguhan mereka menghafal dan menjaga hafazan Quran perlu diambil peluang oleh kita dengan menghulurkan sumbangan yang perlu untuk mereka agar keperluan mereka sentiasa terjaga dan mencukupi. Rasulullah SAW bersabda: “Orang-orang yang memelihara anak yatim di antara umat muslimin, memberikan mereka makan dan minum, pasti Allah memasukkannya ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampuni.” (Riwayat al- Tirmidzi dari Ibnu Abbas).



Sebagai menyahut seruan hadis ini, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) merasakan bahawa perlunya untuk kita bersama membantu anak-anak yatim tahfiz ini agar perjalanan aktiviti menjaga Kalam Allah berjalan lancar tanpa sebarang masalah. 



Oleh itu, pihak yayasan akan menyalurkan bantuan keperluan berbentuk makanan asas kering seperti beras, tepung gandum, meehon dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan yang boleh digunakan untuk membeli barangan dapur basah untuk juadah berbuka dan bersahur. Bantuan ini akan menyasarkan anak-anak yatim tahfiz yang berjumlah 150 – 200 orang yang berada di beberapa buah pusat tahfiz persendirian di beberapa kawasan di negeri Sabah.



Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program sumbangan Ramadhan ini demi melihat anak-anak yatim tahfiz yang diraikan ini terus istiqamah memelihara ayat-ayat suci Al-Quran. Semoga usaha kecil kita ini merupakan asbab untuk Allah S.W.T. meredhoi dan mengampuni kita semua. Aamiinn…



Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah : 261)


Terima Kasih. Wassalam.


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 17, 2022

YUSOF SIDEK

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 17, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 17, 2022

Kempen Sumbangan Tamat