YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Jan 12, 2023

INFAQ JUMAAT SIMPATI ANAK-ANAK YATIM

RM3,522 / 50.31 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

124 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menjayakan program bantuan keperluan untuk anak-anak yatim asnaf. Semoga sumbangan Tuan/Puan diberi pahala dan ganjaran oleh Allah SWT.


Assalamualaikum wbt. Bukan semua manusia dilahirkan memiliki ibu atau bapa. Betapa bersyukurlah kita sekiranya kita dapat membesar di dunia ini bersama ibu dan bapa. Di luar sana, begitu ramai anak-anak membesar tanpa ibu atau bapa. Sesungguhnya mereka itu yang berstatus anak-anak yatim memerlukan keperihatinan serta kasih sayang dari kita. Mereka perlu disantuni dan dibantu khususnya yang tergolong dalam golongan asnaf. Bantuan serta sokongan dari kita semua adalah penting untuk mereka meneruskan kelangsungan hidup. Rasulullah SAW bersabda:


“Orang-orang yang memelihara anak yatim di antara umat Muslimin, memberikan mereka makan dan minum, pasti Allah memasukkannya ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampuni.” (HR. Tirmidzi)



Menyedari akan ganjaran yang bakal diterima bagi mereka yang menyantuni anak-anak yatim, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia melalui program Infaq Jumaat pada minggu ini akan menyalurkan bantuan berupa barangan keperluaan iaitu makanan asas kering seperti beras, tepung gandum, telur, minyak masak, bihun dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan untuk anak-anak yatim asnaf yang dijaga oleh ibu atau ahli keluarga mereka. Jumlah mereka yang akan menerima sumbangan ini sekitar 50 orang yang berada di sekitar negeri Selangor dan Negeri Sembilan.



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program Infaq Jumaat ini sebagai usaha menyantuni anak-anak yatim asnaf. Semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT demi melihat anak-anak yatim asnaf dapat hidup dengan sempurna dan agar mereka merasai bahawa masyarakat sekali-kali tidak meminggirkan mereka.


Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: ”Aku dan orang-orang yang memelihara anak yatim di syurga seperti ini. Beliau menunjukkan telunjuk jari tengah serta beliau merenggangkan antara keduanya.” (HR. Muslim)



Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan mereka bertanyakan kepada mu (wahai Muhammad) terhadap anak-anak yatim. Katakanlah bahawa berbuat islah (kebaikan) kepada mereka itu (anak-anak yatim) adalah merupakan suatu kebaikan.” (Surah Al-Baqarah: 220)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 13, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 13, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jan 13, 2023

SHAH AL HAJ

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 13, 2023

AZMER FAKHRIN AHAMAD

Menyumbang sebanyak RM20.00

Jan 13, 2023

Kempen Sumbangan Tamat