INFAQ BANTUAN UNTUK IBU TUNGGAL YANG MEMERLUKAN

Dimulakan pada:
02 Aug, 2023
INFAQ BANTUAN UNTUK IBU TUNGGAL YANG MEMERLUKAN
5.25%
RM315
/RM6,000
19
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama menyalurkan sumbangan untuk ibu tunggal miskin yang memerlukan. Jom kita bantu mereka!

Tidak ada seorang pun ibu yang inginkan kehidupan susah bagi membesarkan anak-anaknya. Banyak keperluan yang diperlukan bagi menjalani kehidupan iaitu dengan segala keperluan makan minum anak-anaknya termasuk keperluan sekolah dan sebagainya demi melihat anak-anaknya hidup sempurna. Namun sekiranya takdir telah menentukan untuk seseorang ibu itu hidup tanpa suami di sisi dan hidup pula dalam kesusahan dan kemiskinan, maka adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai saudara segama untuk membantu mereka.

Pertemuan kami dengan sebuah persatuan ibu tunggal yang didaftarkan di Negeri Sembilan baru-baru ini amat mengharukan. Ini kerana sebahagian mereka adalah golongan asnaf yang hidup susah. Mereka hidup penuh dengan cabaran. Mereka membesarkan anak-anak mereka bersendirian setelah kematian suami. Ada dalam kalangan mereka yang memperoleh pencen arwah suami yang begitu kecil jumlahnya dan ada yang bekerja sebagai pembantu kedai makan, tukang sapu dan pekerja kilang sahaja. Mereka amat terharu sekiranya ada masyarakat di luar sana yang sudi untuk membantu mereka bagi menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Dengan rasa simpati terhadap golongan ibu tunggal yang susah ini, Yayasan Amal Maaruf Malaysia akan menyalurkan bantuan makanan berbentuk makanan asas kering seperti beras, minyak masak, tepung gandum, telur, bihun dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan untuk meringankan beban yang sedang mereka hadapi. Sasaran bantuan ini akan melibatkan 30 orang ibu tunggal yang berada di sekitar Negeri Sembilan.

Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan kempen ini demi membantu golongan ibu tunggal miskin ini membesarkan anak-anak mereka. Semoga usaha kecil kita ini akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT sepertimana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Orang yang berusaha memenuhi keperluan ibu tunggal dan orang miskin, pahalanya seperti mujahid fi Sabilillah atau seperti orang yang rajin berpuasa di siang hari dan rajin tahajud dimalam hari."

(HR. Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang Mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu suka menolong saudaranya.” (HR Muslim)

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 07, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Aug 04, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 04, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Aug 04, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 04, 2023

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

HIDANGAN BERBUKA PUASA BUAT ANAK YATIM DAN DHUAFA
INFAK MEMBERI MAKAN GELANDANGAN
SOKONGAN PAKAIAN HANGAT RAMADAN UNTUK KELUARGA PALESTIN
AGIHAN BAJU MUSLIM RAMADAN UNTUK ANAK YATIM MISKIN
SUMBANGAN UNTUK RUMAH GURU MENGAJI YANG TERBAKAR
Kempen Sumbangan Tamat