YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Oct 24, 2023

BANTUAN PEMBIAYAAN UNTUK PELAJAR ASNAF

RM275 / 0.55 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

7 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama menghulurkan bantuan bagi membantu adik Nurul Maisara melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Jom kita bantu beliau!


Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah tuntutan agama. Dengan ilmu seseorang itu mampu menjadi insan yang berguna terhadap agama, bangsa dan negaranya. Dengan ilmu juga sudah pasti seseorang itu akan dapat menjalani kehidupan dengan lebih sempurna sebagai hamba Allah SWT di muka bumi ini.


Walau bagaimanapun, menuntut ilmu bukan sahaja memerlukan pengorbanan keazaman, kesungguhan dan masa malah ia memerlukan perbelanjaan kewangan. Semakin tinggi bidang pengajian sesuatu ilmu itu, maka lebih besarlah kos yang perlu ditanggung lebih-lebih lagi pengajian yang ditawarkan di peringkat universiti.



Namun hakikatnya, bukan semua orang mampu dari segi kewangan untuk menuntut ilmu terutama pengajian ke peringkat yang lebih tinggi atau di peringkat universiti. Sekiranya hanya berbekalkan cita-cita, semangat dan azam tanpa kewangan yang mencukupi, maka cita-cita, semangat dan keazaman tersebut sudah pasti akan menjadi sukar untuk direalisasikan.



Oleh itu, pihak kami mendapat maklum bahawa seorang anak muda iaitu adik Nurul Maisara yang telah memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM tahun 2022 telah mendapat tempat untuk melanjutkan pelajarannya ke negara Russia dalam bidang perubatan yang mana bidang ini merupakan laluan kepada cita-citanya yang sejak kecil ingin menjadi seorang doktor.


Namun disebabkan beliau adalah dari keluarga asnaf, maka kekangan kewangan telah menjadi penghalang untuk beliau mencapai cita-citanya itu. Beliau terpaksa menangguhkan dahulu pendaftarannya di fakulti perubatan di sana kerana masalah kewangan. Sebagai ikhtiar segera, beliau kini terpaksa berkerja di kedai makan sebagai pembantu kedai untuk menabung duit perbelanjaan pendidikan di sana nanti.



Simpati terhadap masalah yang dihadapi oleh adik Nurul Maisara, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia berhasrat untuk menganjurkan kempen khas untuk beliau agar hasrat dan cita-citanya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di negara Rusia tercapai. Sasaran kempen ini adalah RM50,000 sebagai permulaan untuk beliau memulakan pengajian di sana. Kos ini mencukupi kos yuran pendaftaran dan pengajian, kos penerbangan, visa, penginapan dan lain-lain kos yang berkaitan.



Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia merayu orang ramai untuk bersama-sama membantu bagi menjayakan kempen ini agar adik Nurul Maisara dapat menlanjutkan pelajarannya ke Russia dalam bidang yang dicita-citakan sejak kecil lagi. Mudah-mudahan, bantuan yang diterima, akan mejadikan adik Nurul Maisara seorang pelajar yang cemerlang dan hamba Allah yang solehah. Kepada para penyumbang, didoakan semoga Tuan Puan diberi ganjaran yang besar oleh Allah SWT kerana membantu hamba Allah yang ingin menuntut ilmu.



“Sesiapa yang melapangkan satu kesusahan dunia daripada seorang mukmin, maka Allah melapangkan daripadanya satu kesusahan di hari kiamat. Sesiapa yang memudahkan orang yang kesulitan, maka Allah akan memudahkan baginya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong seorang hamba selama mana hamba tersebut menolong saudaranya.”

(HR. Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Nov 25, 2023

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 31, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 30, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 27, 2023

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM100.00

Oct 26, 2023

Kempen Sumbangan Tamat