YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Apr 17, 2023

SUMBANGAN KEPERLUAN UNTUK PESAKIT DIALISIS ASNAF

RM640 / 12.80 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

34 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bersempena di penghujung Ramadhan ini, Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama menghulurkan bantuan kepada pesakit dialisis asnaf. Jom kita hulurkan bantuan!


Program ziarah kami baru-baru ini telah menemui beberapa orang pesakit dialisis dari kalangan golongan asnaf. Mereka ini bukan sahaja diduga dengan sakit buah pinggang kronik yang terpaksa menjalani proses dialisis, tetapi mereka juga diduga dengan kemiskinan. Ada di kalangan mereka adalah ibu tunggal yang terpaksa menyara anak dan sebahagian lagi tidak berkeluarga. Walaupun mereka ada menerima bantuan untuk caj rawatan dari pihak zakat, namun untuk keperluan lain seperti kos ubat-ubatan tertentu, kos pengangkutan ke pusat dialisis dan keperluan makan minum tidak termasuk dalam senarai bantuan.



Yayasan Amal Maaruf Malaysia akan menyalurkan sedikit bantuan kewangan khusus untuk kos pembelian ubat-ubat tertentu dan kos pengangkutan untuk tujuan pergi balik untuk mendapatkan rawatan serta sedikit bantuan keperluan asas harian mereka berupa makanan asas kering seperti beras, minyak masak, telur, tepung gandum, bihun, biskut dan sebagainya yang difikirkan perlu. Sasaran bantuan ini akan melibatkan 30 orang pesakit yang berada di sekitar Selangor dan Lembah Klang.



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan kempen ini demi melihat golongan pesakit dialisis asnaf dapat meneruskan kehidupan mereka dengan baik. Mudah-mudahan dengan pemberian yang kita hulurkan ini sekurang-kurangnya mampu meringankan beban yang sedang mereka tanggung khususnya ketika umat Islam sedang menjalani fasa akhir ibadah puasa dan bakal menyambut Aidilfitri.



Semoga Allah SWT mengurniakan ganjaran yang besar kepada kita semua atas infaq yang kita hulurkan sepertimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dari Anas dikatakan, ‘Wahai Rasulullah, sedekah apakah yang nilainya paling utama?’ Rasul menjawab, ‘Sedekah di bulan Ramadan.” (HR At-Tirmidzi)



Dari Sayyidina Abu Darda', iaitu 'Uwaimir Radhiyallahu 'Anhu berkata: "Saya mendengar Baginda Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Carilah untukmu orang-orang yang lemah, sebab sesungguhnya engkau semua diberi rezeki serta pertolongan dengan sebab orang-orang yang lemah di kalangan engkau semua itu." (HR Abu Daud)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Apr 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Apr 20, 2023

Kempen Sumbangan Tamat