YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Jun 16, 2022

PEMBERIAN BERAS BEGITU BERMAKNA UNTUK MEREKA

RM2,355 / 33.64 %

Telah Terkumpul Daripada Sasaran Sumbangan RM7,000

78 penyumbang

1 Baki Hari

Kongsikan:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menjayakan kempen sedekah beras untuk golongan miskin. Jom kita bantu mereka!


Assalamualaikum W.B.T. Beras adalah makanan asasi kita. Kepentingan beras begitu besar dalam kehidupan kita seharian. Setiap tahun, apabila tiba bulan Ramadan Zakat fitrah yang perlu dibayar adalah mengikut harga beras yang dimakan. Namun bagi mereka yang berpendapatan rendah sudah pasti akan mengeluh dengan kenaikan harga barangan asas makanan termasuk harga beras. Bagi mereka yang berkeluarga besar, sudah pasti akan merasa beban untuk menyediakan bekalan makanan keluarga.



Atas rasa simpati terhadap nasib golongan miskin akibat kos sara hidup yang semakin meningkat, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia terpanggil untuk kita bersama membantu mereka dengan pemberian sekampit beras. Walaupun bantuan ini dilihat kecil bagi kita, namun ia amat berharga bagi mereka. Sekurang-kurangnya, mereka tetap memiliki makanan asasi di rumah.



Oleh itu, pihak yayasan akan menyalurkan bantuan sekampit beras berkapasiti 10 kilogram untuk golongan asnaf atau miskin dan sasaran penerima bantuan ini adalah sekitar 250 buah keluarga yang berada di sekitar negeri Johor.



Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program bantuan ini dan semoga sumbangan yang dihulur akan mengembirakan golongan yang dirai dan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T. Mudah-mudahan, bantuan ini juga akan melahirkan rasa kasih sayang di antara kita sesama insan.



Rasulullah SAW bersabda: “Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berilah makan (kepada yang memerlukan), sambunglah hubungan persaudaraan, solat pada waktu malam ketika manusia sedang tidur, nescaya kamu semua akan masuk syurga dengan sejahtera.” (HR Ibn Majah).


Allah S.W.T. berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Al Hadid: 18)


Jom #BuatBaik!


Anda merasakan kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Perkembangan Terbaru

Tiada perkembangan

Doa-doa #Penyumbang

Rujukan Teratas

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 27, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jun 26, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jun 26, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jun 25, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 24, 2022