YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Feb 28, 2022

SUMBANGAN DANA PENYELENGGARAAN PUSAT JAGAAN LIMPAHAN KASIH

RM315 / 0.32 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000

22 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa sumbangan orang ramai untuk rumah jagaan anak yatim, anak fakir miskin, ibu tunggal dan golongan asnaf akibat banjir. Jom kita bantu!


Assalamulaikum wbt, Pusat Jagaan Limpahan Kasih yang terletak di Puchong merupakan sebuah pusat kebajikan persendirian untuk anak yatim, anak fakir miskin, ibu tunggal dan golongan asnaf. Seramai 40 orang penghuni yang mendiami pusat ini. Namun pada Disember 2021 lalu, pusat jagaan ini telah mengalami musibah banjir yang telah menyebabkan banyak peralatan dan barangan keperluan milik penghuni musnah.



Menyedari akan keperluan bantuan untuk pusat jagaan ini, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia melalui program Sumbangan Dana akan membantu bagi mendapatkan perlatan-peralatan baru seperti tilam, bantal, selimut, meja dan kerusi belajar serta barangan keperluan lain yang difikirkan perlu.



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) berbesar hati sekiranya Tuan Puan dapat menyumbang bagi menjayakan projek ini dan semoga Infaq Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.



Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah : 261)


Terima Kasih. Wassalam.


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 14, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 06, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 04, 2022

Kempen Sumbangan Tamat