Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Menyantuni Anak-anak Yatim di Panti Asal Adam Mula Jati, Mataram
Alhamdulillah, ASAR Humanity telah menyampaikan bantuan makanan kepada Panti Asal Adam Mula Jati yang terletak di Mataram, Nusa Tenggara Barat.

Kehadiran kami disambut dengan senyuman manis dan ucapan terima kasih yang tulus dari anak-anak dan staf di sana. Bantuan ini sangat bermakna bagi mereka, kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban harian dan membolehkan pihak pengurusan menjimatkan kos untuk keperluan lain yang lebih mendesak.

Sehingga kini, rumah anak yatim ini masih berdepan dengan pelbagai kekangan. Mereka masih menggunakan tilam lama, tempat simpanan yang rosak, dan tidak mampu menyediakan makanan yang cukup berzat untuk anak-anak yang sedang membesar.
Kami berharap bantuan kecil ini dapat meringankan perjuangan mereka. ASAR Humanity juga masih meneruskan usaha mengumpul dana untuk membantu menyediakan keperluan sekolah anak-anak di sini—seperti alat tulis, seragam, dan buku pelajaran.

Sumbangan anda, sekecil mana pun, akan membawa harapan yang besar dalam kehidupan mereka. Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang melalui kempen ini. Semoga Allah membalas segala kebaikan anda dengan ganjaran yang berlipat ganda.
Mari teruskan misi kebaikan ini, kerana setiap sen yang kita hulurkan membawa harapan untuk mereka!
