Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM1,445 / 28.90 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
104 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Anak-anak yatim piatu, dan asnaf adalah tanggungjawab kita bersama. Mereka bukan sahaja memerlukan kasih sayang, tetapi juga sokongan untuk memastikan mereka tidak kelaparan.

“Barangsiapa memberi makan kepada orang yang lapar, maka Allah akan memberinya makanan dari buah-buahan syurga.” (HR. Tirmidzi)

ASAR Humanity berikhtiar membantu meringankan beban ini dengan menyediakan paket makanan berkhasiat dan juga memberikan stok makanan seperti peliharaan ikan, ayam dan kambing. Namun, untuk memastikan program ini dapat berjalan berterusan, kami memerlukan sokongan daripada tuan-tuan dan puan-puan yang dermawan.

Dana yang terkumpul akan digunakan untuk menyediakan makanan bergizi dan bernutrisi untuk anak-anak, membantu memenuhi keperluan harian rumah anak yatim dan menyokong kesinambungan pengurusan dan kebajikan anak-anak yatim di rumah anak yatim dan maahad lainnya.

Setiap suapan yang sampai ke mulut mereka adalah kebahagiaan yang tidak ternilai. Mari kita bersama-sama menebarkan kebaikan, memastikan tidak ada anak-anak yatim dan dhuafa yang lapar. Sedekah anda, sekecil mana pun, akan membawa keberkatan yang besar.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Menyantuni Anak-anak Yatim di Panti Asal Adam Mula Jati, Mataram
Alhamdulillah, ASAR Humanity telah menyampaikan bantuan makanan kepada Panti Asal Adam Mula Jati yang terletak di Mataram, Nusa Tenggara Barat.

Kehadiran kami disambut dengan senyuman manis dan ucapan terima kasih yang tulus dari anak-anak dan staf di sana. Bantuan ini sangat bermakna bagi mereka, kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban harian dan membolehkan pihak pengurusan menjimatkan kos untuk keperluan lain yang lebih mendesak.

Sehingga kini, rumah anak yatim ini masih berdepan dengan pelbagai kekangan. Mereka masih menggunakan tilam lama, tempat simpanan yang rosak, dan tidak mampu menyediakan makanan yang cukup berzat untuk anak-anak yang sedang membesar.
Kami berharap bantuan kecil ini dapat meringankan perjuangan mereka. ASAR Humanity juga masih meneruskan usaha mengumpul dana untuk membantu menyediakan keperluan sekolah anak-anak di sini—seperti alat tulis, seragam, dan buku pelajaran.

Sumbangan anda, sekecil mana pun, akan membawa harapan yang besar dalam kehidupan mereka. Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang melalui kempen ini. Semoga Allah membalas segala kebaikan anda dengan ganjaran yang berlipat ganda.
Mari teruskan misi kebaikan ini, kerana setiap sen yang kita hulurkan membawa harapan untuk mereka!

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Mar 19, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 19, 2025
HSR
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 17, 2025
MOHAMAD HELMI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 16, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Mar 14, 2025