ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Oct 19, 2022

SEDEKAH AIR MINUM UNTUK PELAJAR TAHFIZ

RM895 / 29.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

50 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Air minum adalah salah satu sumber tenaga manusia terutama bagi pelajar tahfiz Al-Quran untuk meningkatkan daya ingatan mereka. Jom kita sedekahkan air minuman untuk pelajar tahfiz!


Maahad tahfiz adalah tempat yang diduduki oleh pelajar untuk belajar dengan jadual yang sangat padat dari bangun tidur hingga tidur balik. Pelajar perlu menyediakan badan agar tetap segar bugar. Salah satu yang bisa mereka lakukan ialah memastikan paras cecair dalam badan mereka seimbang dengan meminum air yang mencukupi.



Kerana kandungan air dalam tubuh manusia yang baik adalah kira-kira 60% hingga 70% daripada berat badan. Jika kandungan air tidak mencukupi, ia bisa menyebabkan pelbagai penyakit seperti dehidrasi, tekanan darah menurun, nefrolitiasis, metabolisme menurun dan sebagainya. Selain itu, air minum mempunyai beberapa fungsi seperti berikut:


1. Menjaga tekanan darah

2. Meningkatkan daya ingatan otak

3. Mencegah penyakit jantung

4. Membantu mengelakkan pengumpulan lemak

5. Menjaga kesihatan tulang



Melalui program Sedekah Air Minum Untuk Pelajar Tahfiz Al-Quran, marilah sama-sama kita membantu menyediakan air minum untuk pelajar tahfiz memulihkan tenaga mereka. InshaAllah air yang mereka minum akan mengalir dalam tubuh mereka yang digunakan untuk menghafaz Al-Quran. Jika kita meminum air yang mencukupi juga dapat meningkatkan daya ingatan sehingga pelajar tahfiz lebih mudah menghafaz Al-Quran kerana badan mereka mempunyai kandungan air yang mencukupi. Selain itu, sedekah air minum merupakan salah satu sedekah yang paling utama.


Sebagaimana sabda Nabi Muhammad ketika Saad bin Ubadah RA bertanya kepada Rasulullah, "Wahai Rasulullah, sedekah apakah yang paling utama?" Dia menjawab, "Memberi air." (Sahih Abu Dawud)



InshaAllah sedekah yang anda berikan akan diagihkan dalam bentuk pakej air minum untuk pelajar tahfiz di Indonesia yang memerlukan dan semoga berapa sahaja sedekah yang anda berikan dapat menjadi amal untuk anda. Amin.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 21, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 21, 2022

NORAZIMAH YAAKUB

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 21, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 21, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 21, 2022

Kempen Sumbangan Tamat