Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM895 / 29.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
50 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Maahad tahfiz adalah tempat yang diduduki oleh pelajar untuk belajar dengan jadual yang sangat padat dari bangun tidur hingga tidur balik. Pelajar perlu menyediakan badan agar tetap segar bugar. Salah satu yang bisa mereka lakukan ialah memastikan paras cecair dalam badan mereka seimbang dengan meminum air yang mencukupi.
Kerana kandungan air dalam tubuh manusia yang baik adalah kira-kira 60% hingga 70% daripada berat badan. Jika kandungan air tidak mencukupi, ia bisa menyebabkan pelbagai penyakit seperti dehidrasi, tekanan darah menurun, nefrolitiasis, metabolisme menurun dan sebagainya. Selain itu, air minum mempunyai beberapa fungsi seperti berikut:
1. Menjaga tekanan darah
2. Meningkatkan daya ingatan otak
3. Mencegah penyakit jantung
4. Membantu mengelakkan pengumpulan lemak
5. Menjaga kesihatan tulang
Melalui program Sedekah Air Minum Untuk Pelajar Tahfiz Al-Quran, marilah sama-sama kita membantu menyediakan air minum untuk pelajar tahfiz memulihkan tenaga mereka. InshaAllah air yang mereka minum akan mengalir dalam tubuh mereka yang digunakan untuk menghafaz Al-Quran. Jika kita meminum air yang mencukupi juga dapat meningkatkan daya ingatan sehingga pelajar tahfiz lebih mudah menghafaz Al-Quran kerana badan mereka mempunyai kandungan air yang mencukupi. Selain itu, sedekah air minum merupakan salah satu sedekah yang paling utama.
Sebagaimana sabda Nabi Muhammad ketika Saad bin Ubadah RA bertanya kepada Rasulullah, "Wahai Rasulullah, sedekah apakah yang paling utama?" Dia menjawab, "Memberi air." (Sahih Abu Dawud)
InshaAllah sedekah yang anda berikan akan diagihkan dalam bentuk pakej air minum untuk pelajar tahfiz di Indonesia yang memerlukan dan semoga berapa sahaja sedekah yang anda berikan dapat menjadi amal untuk anda. Amin.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah pada 24, 25 dan 27 November 2022, sumbangan tuan-tuan dan puan-puan telah disampaikan kepada 3 maahad tahfiz di wilayah Sumatera Barat dalam bentuk air minuman.
Antaranya ialah Rumah Al-Quran Jannatul Firdaus yang terletak di Siteba, Kota Padang. Di mana maahad ini telah didirikan sejak tahun 2015 dan mempunyai 35 orang pelajar yang berasal dari keluarga miskin. Ketika pasukan Asar Humanity menghantar air minuman, maahad hanya mempunyai 5 gelen, dan alhamdulillah, berkat bantuan tuan-tuan dan puan-puan, maahad ini dapat lagi menampung keperluan minum bagi para pelajarnya.
Selain itu, pada 25 November 2022, sumbangan tuan-tuan dan puan-puan telah dihantar ke Maahad Darul Khoirot di Padang Rajo yang terletak di Daerah Kinali, Pasaman Barat. Di mana maahad ini telah didirikan sejak tahun 2019 dengan jumlah pelajar seramai 183 orang. Kebanyakan pelajar yang tinggal di Maahad berasal daripada keluarga duafa dan yatim. Sebaliknya, pelajar yang belajar di sini tidak dikenakan kos bulanan.
Seterusnya pada 27 November 2022, sumbangan anda telah dihantarkan kepada Maahad Tahfiz Qur'an Sabiluttaqwa yang terletak di Daerah 50 Bandar, di mana jumlah pelajar di maahad ini adalah seramai 30 orang pelajar.
InshaAllah sumbangan air minuman tuan-tuan dan puan-puan akan sangat berguna untuk pelajar tahfiz yang tinggal di maahad untuk diminum menghilangkan dahaga dan sebagai sumber tenaga untuk Menghafaz al-Quran.
يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أُمِّي مَاتَتْ أَفَأَتَصَدَّقُ عَنْهَا قَالَ النبي صلى الله عليه وسلم نَعَمْ قُلْتُ فَأَيُّ الصَّدَقَةِ أَفْضَلُ قَالَ سَقْيُ الْمَاءِ
“Ya Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia. Bolehkah saya bersedekah bagi pihaknya?”. Nabi Shallallahu'alaihi wa
sallam menjawab: "Ya". Sa'ad bertanya lagi: "Sedekah apakah yang paling utama ya Rasulullah?" Nabi Shallallahu'alaihi wa sallam menjawab: "Sedekah berupa air minuman" (HR. An Nasa'i no. 3666, dihasankan Al Albani dalam Shahih An Nasa'i).
Untuk menyumbang ke kempen Asar Humanity lainnya, Tuan dan Puan dapat mengunjungi link di bawah ini:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Jazakumullahu khairan, wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 20, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 20, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 20, 2022
MOHD YUSOFF BIN YAHAYA
Menyumbang sebanyak RM20.00
Oct 20, 2022
LILY
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 20, 2022