Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM51,771 / 100.47 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM51,531
1681 Penyumbang
Kempen Berjaya
Pesakit bernama Syazana Farah Hani Binti James berusia 24 tahun bekerja sebagai seorang pembantu klinik swasta di Selangor. Beliau telah disahkan menghidap penyakit jantung sejak tahun 2012 dimana beliau perlu menjalani dua pembedahan iaitu Ablation dan Pacemaker. Kos bagi kedua dua pembedahan ini berjumlah RM110 ribu. Atas saranan doktor, pembedahan perlu dilakukan dalam kadar segera bagi mengelakkan jangkitan lain kerana keadaan jantung beliau yang semakin membengkak. Wang simpanan beliau dan suami tidak dapat menanggung kos rawatan yang tinggi ini. Beliau merupakan seorang individu yang gemar akan aktiviti lasak seperti mendaki bukit dan berbasikal tetapi akibat dari penyakit yang dihadapinya telah mengakibatkan pergerakan beliau terbatas kerana sering pitam dan mudah pengsan.
Pecahan kos pembedahan beliau adalah seperti yang berikut:-
Jumlah keseluruhan: RM110,000
IJN: RM50,000
Dana yang berjaya dikutip dari keluarga dan sahabat: RM8,469
Baki yang perlu dicari dalam KADAR SEGERA adalah sebanyak
RM51,531
Oleh hal yang demikian, kami dari Pertubuhan Mihrab ingin mengajak anda semua untuk sama-sama membantu bagi mengumpulkan kos untuk pembedahan farah agar pembedahan dapat dilakukan secepat mungkin sebelum keadaan jantung belaiu menjadi lebih parah.
Ayuhlah, kita bersama-sama meringankan beban yang ditanggung oleh Farah sekaligus mengembalikan keceriaan beliau dan semoga dengan bantuan kalian ini Farah dapat kembali sihat dan aktif seperti sediakala.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah selesai baki sumbangan orang ramai kepada Cik Farah. kita doakan Cik Farah sentiasa dalam jagaan Allah SWT, Kekal cerai selalu. Amin...
"Assalamualaikum semua,
Alhamdulillah selesai sudah follow up dengan Dr Azlan IJN. Fungsi jantung (Echo) kembali normal 50% , Pattern ECG pun cantik & kembali normal. Terima kasih pada yang bagi sumbangan dan doakan saya alhamdulillah dengan izin Allah dan berkat doa semua saya kembali sihat dan doktor kata sudah boleh pregnant seperti orang biasa. Doakan semoga ada rezeki untuk ada "orang baru" pulak lepas ni 🥰 Terima kasih semua semoga Allah melipat gandakan rezeki semua ❤️"
Begitulah perkembangan terbaru yang kami terima tentang Farah. Syukur berkat pertolongan daripada para penyumbang Farah kini dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Moga Allah SWT kurniakan sebesar-besar ganjaran buat and semua. Semoga kalian juga dipermudahkan segala urusan berkat sumbangan yang kalian salurkan. Aminnnnn, In Sha Allah.
Resit pembayaran dari Pertubuhan Mihrab kepada IJN untuk pembedahan ablation Farah pada 14/10/2021.
Setelah tiga minggu menanggung kesakitan, Farah dimasukkan ke hospital pada 11/10/2021 akibat tidak dapat menahan kesakitan yang melampau. Doktor juga telah memutuskan untuk melakukan pembedahan pada 14/10/2021 atas faktor kesihatan Farah yang semakin merosot. Sama-sama kita doakan agar segala urusan beliau dipermudahkan dan pembedahan lancar dan berjaya. Aminnnnn, In Sha Allah.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 06, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 06, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 06, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Oct 06, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 06, 2021