Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Pada hari Jumaat (17/09), sejurus selesainya urusan edarkan nasi makanan PERCUMA. PKPHS singgah di kg madsiang, untuk memberi bantuan bakul makanan kepada 3 buah keluarga mangsa tanah runtuh akibat banjir kilat yang berlaku pada 15/09. PKPHS sempat bertanyakan Puan Jaminah Binti Kigut keadaan keluarga mereka agar dapat bantu secara meluas. Terima kasih team Jennifer kerana bantu mengenalpasti keluarga mangsa tanah runtuh.
Hari ini PKPHS seperti biasa mengedarkan nasi makanan tengah hari PERCUMA kepada masyarakat yang memerlukan. Sebanyak 100 pek nasi makanan diedarkan di kawasan PKPD Millennium plaza.
Hari ini, team PKPHS telah mula mengagihkan bakul makanan kepada golongan B40 secara berperingkat.
Semoga bantuan bakul makanan dapat meringankan keluarga yang susah.
Terima kasih kepada penyumbang sekalian kerana memberi sokongan pada kempen FASA 1, Covid19 : Sumbangan Bank Makanan Diperlukan
Hari ini merupakan hari pertama PKPHS mula membeli barangan asas bakul makanan hasil sumbangan derma dari penyumbang-penyumbang melalui kerjasama Sumbangan.com.
Terima kasih kepada anda yang menghulurkan bantuan prihatin.
Pembelian barangan asas untuk diagihkan kepada 50 keluarga golongan B40 dan juga keluarga ibu tunggal akan dilakukan secara berperingkat bagi mengatur masa yang sesuai untuk mengagihkan bakul tersebut mengikut kawasan.
Walaupun kempen FASA1, covid19: Sumbangan Bank Makanan telah pun baru sahaja berakhir pada tarikh 31/08/2021.
Namun kempen ini akan diteruskan lagi di FASA 2 nanti, selepas selesainya pengagihan bakul makanan untuk senarai nama keluarga yang memerlukan.