Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Berlangsungnya sebentar tadi Majlis Perlepasan Misi Bantuan Banjir PPIM X ATMS yang dirasmikan oleh toqqi@Nadzim Johan bagi mengagihkan bantuan buat mangsa-mangsa banjir.
Alhamdulillah syukur! Lebih 250 Kotak Infaq Rezeki & susu bayi berjaya disalurkan kepada mangsa-mangsa yang terkesan dengan bencana banjir yang berlaku baru-baru ini!
Alhamdulillah, syukur pada hari Jumaat, 24 Disember 2021 semalam, Misi Bantuan INFAQ REZEKI PPIM bersama Nasi Mat Rock dan Team 4X4 Gombak akan ke Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah Temerloh, Pahang bagi mengagihkan bantuan buat mangsa banjir. Sebanyak 200 kotak barangan keperluan asas, 200 kotak susu bayi, 300 paket RTE foods, 20,000 pek roti berserta kelengkapan ibadah seperti sejadah, Al-quran, kain pelikat dan telekung bakal diterima oleh mangsa-mangsa banjir.
Assalamualaikum para penyumbang,
Alhamdulillah semalam pada 21/12/21 kami telah mengagihkan bantuan makanan yang sudah dimasak kepada mangsa-mangsa banjir yang terjejas di Taman Sri Muda, Shah Alam.
Mereka ini antara mangsa yang lama terperangkap dalam banjir dan terputus bekalan makanan. Di bawah ini, kami sertakan gambar-gambar semasa agihan diberikan.
Kami juga berharap agar para penyumbang serta rakyat malaysia yang prihatin terus membantu kami dalam mengumpul dana ini agar bantuan dapat diteruskan. InsyaAllah
Sama-sama kita membantu dan terus berdoa agar segala urusan kita dan mangsa banjir dipermudahkan.
Kondisi Agihan Bantuan Kepada Mangsa Banjir
UK PPIM Telah mengagihkan 60 kotak bantuan, namun hal ini masih sangat kurang. sehingga kami dari team UK PPIM dan relawan PPIM akan mengagihkan 1000pkt Beras dan 500 Kotak infaq rezeki.
Kami dari PPIM masih sangat memerlukan bantuan dari penyumbang untuk menyokong kegiatan yang kami lakukan ini
Sebarkan Ke semua Kontak anda.
Apapun jenisnya kami memerlukan bantuan dari anda.