Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM190 / 0.38 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
10 Penyumbang
75 Baki Hari
Kempen ini bertujuan untuk menjadikan tempat ini sebagai penempatan warga emas wanita sahaja. Kempen ini untuk mendapatkan keperluan asas yang diperlukan oleh warga emas yang akan menetap. Target warga emas yang akan menetap ialah sihat tubuh badan dan berumur 60 tahun ke atas.

Rumah warga emas ini memerlukan keperluan asas seperti katil, tilam,almari dan lain-lain. Bangunan ini boleh menempatkan 8 orang sahaja. Kelas pengajian fardhu Ain dan fardhu kifayah disediakan secara percuma buat warga emas. Justeru, Yayasan Amal Maaruf Malaysia menyambut baik warga emas yang akan tinggal di rumah ini.


Rumah Warga Emas ini akan dibuka secara rasmi mulai Januari 2025. Seramai 4 orang warga emas sudah ditempatkan di rumah ini. Segala keperluan asas, makan dan minum akan disediakan dan diuruskan oleh masyarakat tempatan. Keperluan asas seperti katil, kerusi, meja, gerobok, karpet kecil, kipas, dapur, peralatan bilik mandi dan sebagainya amatlah diperlukan.

Selaras dengan tujuan asas yayasan dalam surah Ali-Imran ayat 3:
"Kamu wahai umat Muhammad adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara (amal) yang baik (maaruf) dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah."
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Pada hari Isnin, 30 Jun yang lalu, pihak YAMM telah menjalankan aktiviti membersih dan mengemas kawasan sekitar premis di Pusat Operasi Desa UNAIS Yayasan YAMM yang terletak di Kg Parit Hj Salam, Simpang Renggam, Kluang, Johor. Usaha ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kecil YAMM untuk menjadikan pusat ini lebih selesa dan teratur bagi kegunaan komuniti.


Namun begitu, pihak kami masih berdepan beberapa kekurangan kemudahan asas. Antara yang diperlukan pada ketika ini ialah pembinaan awning di bahagian hadapan premis. Bumbung sengkuap tambahan ini amat penting bagi kegunaan pelbagai, antaranya untuk mengelakkan tempias hujan, dijadikan tempat istirahat dan santai, garaj kenderaan serta ruang untuk menjamu jemaah dalam kapasiti sederhana.
Sehubungan itu, kami ingin memohon sumbangan ikhlas daripada tuan/puan agar dapat membantu merealisasikan pembinaan ini. Sumbangan tuan/puan, walau sedikit, amat besar ertinya buat kami dan bakal memberikan manfaat kepada ramai pihak dalam jangka masa panjang. Semoga segala kebaikan yang disumbangkan menjadi bekalan pahala yang berterusan, insya-Allah.
Majlis taklimat diadakan buat khariah wanita setempat sempena pengumuman pembukaan penempatan warga emas di kampung Parit Haji Salam Simpang Renggam, Kluang Johor.




Baru-baru ini, pihak YAMM telah berkunjung ke Desa UNAIS bagi meninjau perkembangan terkini di sini. Alhamdulillah, hasil daripada sumbangan insan-insan berhati mulia, tambahan atap telah berjaya dibina, memberikan sedikit keselesaan kepada penghuni rumah warga emas.


Namun, keperluan di Desa UNAIS masih belum mencukupi. Kini, pihak UNAIS sangat memerlukan lebih banyak sumbangan bagi membina bangunan tambahan demi menampung keperluan warga emas yang semakin meningkat.
Kami menyeru kepada semua yang berkemampuan untuk bersama menghulurkan bantuan, agar mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa dan bermaruah.
“Sedekah itu tidak akan mengurangi harta, malah akan melipatgandakan keberkatan.” (Hadis Riwayat Muslim)
Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang mengalir pahalanya hingga ke akhirat.
Perkembangan terkini
JVB edang meratakan tapak pakir dan khemah menjelang puasa.
Papan-Tanda telah dipasang utk Info kepada masyarakat setempat & untuk pendaftaran.Persekitaran rumah telah dibersihkan.



Bersama masyarakat setempat membersihkan kawasan,mendirikan papantanda & penghalang keselamatan .Insyallah.
Berikut adalah perkembangan rumah warga emas di Desa Unais






Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 03, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 04, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Oct 22, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Oct 22, 2024
MOHD FUAD BIN ABDUL HAZIZ
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 22, 2024