
Alhamdulillah, ini antara rakaman agihan bantuan kecemasan banjir Nusantara yang telah berjaya disampaikan hasil sokongan dan sumbangan daripada para penginfaq Ihsanku.
Bantuan ini merangkumi keperluan asas seperti makanan, barangan kebersihan dan sokongan segera kepada keluarga yang terjejas bagi meringankan beban mereka dalam fasa sukar ini.
Setiap sumbangan yang dititipkan benar-benar sampai kepada yang memerlukan. Doa dan keprihatinan para penginfaq memberi harapan baharu buat mereka yang sedang diuji.

Terima kasih kerana terus mempercayai Ihsanku sebagai perantara kebaikan. In Shaa Allah, Tabung Kecemasan Mangsa Bencana Banjir Nusantara masih berjalan. Sokongan berterusan daripada anda semua sangat dialu-alukan.
Di sebalik setiap agihan, setiap bantuan yang sampai, dan setiap senyuman yang terukir ada nama anda sebagai sebahagian daripada kebaikan itu.
Terima kasih kerana terus bersama kami dalam usaha ini. Terima kasih juga kerana memilih untuk ihsan dan peduli.
