Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
4 Januari 2023 Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Amal Wangsa Maju Encik Iswan menyerahkan sumbangan pampers dewasa dan susu formula kepada pesakit lumpuh dan diabetes. Memandangkan kami tidak menerima permohonan untuk pampers bayi dan susu kami berikan sumbangan kepada warga emas dan pesakit diabetes dari golongan B40. Terima kasih kepada para penyumbangan yang dermawan.
1. Gambar pertama penerima Encik Zakaria dari flat Danau Kota. Lumpuh sepenuhnya akibat penyakit strok dan berumur 74 tahun. Merupakan pesara ATM.
2. Puan Zaleha mewakili suami beliau yang lumpuh sepenuhnya menerima sumbangan.Beliau tinggal di flat Taman Melati Blok C1. Semalam beliau menghubungi Pengerusi kerana pampers sudah habis dan beliau juga merupakan pesakit kanser.Bantuan pampers selama ini hanya dari anak perempuan beliau sahaja.
3. Puan Linda merupakan penghidap diabetes yang baru dipotong kaki. Menumpang dirumah adik beliau buat sementara waktu.
4. Penyanyi lagenda Tokki menerima sumbangan pampers mewakili ibu mertua beliau yang lumpuh sepenuhnya.