TADIKA PINTAR AS SOFFIYAH

Dimulakan pada Jun 30, 2021

SEDEKAH KECEMASAN SUSU DAN LAMPIN

RM47,239 / 62.99 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM75,000

1632 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Justeru, kami berbesar hati membantu keluarga ini agar tidak terus berada dalam situasi tidak sihat dan tidak selesa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 dan Pelan Pemulihan Negara berlanjutan.

Sejak akhir-akhir ini, kelihatan kes kemurungan di negara ini semakin membimbangkan. Ramai yang hilang kerja dan punca pendapatan apatah lagi setelah PKP ditukar ke Pelan Pemulihan Negara yang berlanjutan hingga ke 3 fasa sehingga Disember 2021. Ada juga kes bunuh diri direkodkan kerana stress yang melampau kerana desakan dan tekanan kehidupan. Allahu

 

Kerajaan mengumumkan untuk mengadakan TOTAL LOCKDOWN bermula 1 Jun 2021 sebagai langkah mengekang penyebaran Coronavirus yang semakin membimbangkan sehingga mencatatkan lebih 8000 kes sehari dan lebih 60 kematian sehari. Ianya akan dilaksanakan secara berfasa dan pembukaan operasi juga akan dilakukan secara berperingkan. Ianya berterusan sehingga ke Jun lepas mencatatkan hingga 6000 kes sehari.


Namun begitu, perlu kita akui dan ambil berat tentang individu dan keluarga yang terkesan dengan kawalan pergerakan ini. Ada bapa yang hilang sumber pendapatan, ada anak yang diberhentikan, ada ibu yang perlu berhenti kerja. Belum lagi ada antara mereka yang bakal diberhentikan kerja. Bagaimana pula dengan mereka yang hanya bergantung dengan pendapatan harian untuk menyara anak-anak? Pasti ianya menjejaskan kehidupan mereka sepanjang kawalan ini dilakukan.


Cuba kita bayangkan keluarga yang terpaksa mencatu makanan kerana mereka khuatir bekalan makanan tidak cukup. Kehidupan anak mereka yang tidak terurus. Mereka ini sangat perlukan bantuan samada dari segi makanan, minuman, pampers dan susu. Kebersihan dan kualiti kehidupan rakan dan jiran kita juga perlu kita jaga. Ada antara mereka tidak ada susu dan lampin untuk kelengkapan anak mereka. Kehidupan serba daif dan susah.


Justeru, kami berbesar hati membantu keluarga ini agar tidak terus berada dalam situasi tidak sihat dan kelaparan sepanjang PKP ini dilaksanakan. Buat fasa ini, kami mensasarkan seramai 500 keluarga penerima bantuan ini susu dan lampin ini agar anak mereka sentiasa terjada dan terhindar dari penyakit.




Usaha ini juga akan melibatkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan kariah masjid/surau sebagai organisasi yang akan mengagihkan bantuan yang bakal disumbangkan ini. Semoga kita terus menzahirkan rasa kasih sayang kepada saudara-saudara senegara kita.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 06, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 09, 2022

ARAFAH NUR AYRA BINTI MUHAMMAD ANDAR TOMI SAIDI

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 05, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 14, 2022

Kempen Sumbangan Tamat