Anak-anak merupakan permata hidup bagi setiap keluarga. Terutama kepada mereka yang masih mempunyai anak kecil dan tanggungan yang ramai. Semenjak kehadiran pandemik COVID 19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu telah menyebabkan ramai yang hilang perkerjaan dan sumber pendapatan.
Akibat daripada tekanan ini menyebabkan ramai ibu bapa yang hilang punca dan stress memikirkan nasib anak-anak mereka untuk masa hadapan. Bagi kita orang dewasa, tanpa makanan dalam sehari mungkin kita boleh bertahan, akan tetapi untuk anak kecil???
Mereka memerlukan bantuan pampers / lampin pakai buang bagi anak kecil yang masih menggunakan pampers untuk keselesaan mereka.
Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya yang didapati oleh orang yang beriman dari amalan dan kebaikan yang dia lakukan setelah dia mati adalah:
a) Ilmu yang dia ajarkan dan sebarkan.
b) Anak soleh yang dia tinggalkan.
Mushaf al-Qur’an yang dia wariskan.
c) Masjid yang dibina.
d) Rumah bagi ibnu sabil (musafir yang terputus perjalanan) yang dia bina
e) Sungai yang dia alirkan.
f) Sedekah yang dia keluarkan dari harta ketika dia sihat dan hidup.
Semua itu akan dihubungkan dengannya setelah dia mati.”
Riwayat Ibn Majah (242), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (3174). Hadith ini disahihkan oleh Ibn Khuzaimah dan dihasankan oleh al-Munziri.
Pelbagai cerita dan kisah para penerima berkongsi dengan kami, antaranya ada ibu penerima bantuan ini menjadi tidak waras/tidak sihat selepas melahirkan anak yang terakhir mereka. Anak mereka tidak terjaga akibat daripada ibunya yang sakit ini. Ada di antara penerima mencuci semula pampers untuk kegunaan semula dan bermacam lagi.
Sama-sama kita doakan agar semua penerima dan penyumbang sama-sama diberkati oleh Allah SWT. Alhamdulilah lebih dari 300 penerima telah menerima sumbangan ini.
Yakinlah bahawa setiap Rezeki dan Nikmat yang kita ada itu, perlu dikongsi bersam orang lain. Mungkin hari ini kita bantu orang susah, pada masa akan datang kalau kita pula yang susah dengan asbab kita bersedekah hari ini, ALLAH S.W.T memberi kemudahan kepada kita pula pada masa akan datang.