Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Assalamualaikum wbt, Salam Jumaat dan Salam Sejahtera Para Dermawan,
Senang hati kami disini setiap kali sahabat kami di Kampung Seriguna memaklumkan kepada kami bahawa pemasangan penghawa dingin untuk Masjid Darul Muttaqin akan selesai tidak lama lagi. Alhamdulillah, kenyamanan tidak akan berlaku tanpa izin Allah dan bantuan sumbangan daripada Para Dermawan semua.
Mereka juga sempat berkongsikan bahawa para jemaah yang menggunakan Masjid Darul Muttaqin menyatakan rasa sangat selesa untuk beribadah dan menjalankan aktiviti keagamaan di masjid ini. Justeru itu, banyak aktiviti keagamaan yang semakin kerap diadakan di masjid ini. Bahkan, jumlah para jemaah Masjid Darul Muttaqin juga bertambah. Alhamdulillah, memandangkan Ramadhan juga bakal tiba dalam beberapa hari lagi dapatlah mereka beribadah lebih nyaman dan selesa.
Semoga sumbangan yang diberikan memperoleh pahala yang besar dan sentiasa mengalir sepanjang ianya dimanfaatkan sebaiknya.
Teruskan membantu dan menyumbang di sini!
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera Para Penyumbang,
Pada tarikh 19/02/2022 (Sabtu) yang lalu, kerja-kerja pemasangan pendingin hawa di Masjid Darul Muttaqin ini diteruskan lagi. Alhamdulillah, dengan izin Allah semua kerja di sini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan semuanya. Proses pemasangan pendingin hawa ini juga dijangka akan siap sepenuhnya tidak lama lagi.
Senang hati kami apabila dapat berita bahawa para jemaah Masjid Darul Muttaqin berkongsi rasa gembira dan berterima kasih kepada yang sudi membantu. Tiada lagi keluhan rasa tidak selesa dan panas ketika solat dan melakukan aktiviti keagamaan di masjid ini. Kini orang yang menggunakan masjid ini juga semakin ramai.
Terus salurkan sumbangan anda untuk membantu mereka.
Di bawah ini kami sertakan sekali gambar untuk paparan para penyumbang.
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera Para Penyumbang,
Alhamdulillah, dengan izin Allah urusan kerja-kerja pemasangan pendingin hawa di Masjid Darul Mutaqqin hari ini iaitu pada tarikh 17/02/2022 (Khamis) dipermudahkan dari awalnya.
Sebahagian pendingin hawa telah siap dipasangkan oleh anak muda yang mahir di kampung ini dan penduduk dari kampung-kampung lain yang datang ke Masjid Darul Muttaqin juga turut membantu mereka. Wakil masjid juga sempat berkongsi beberapa gambar semasa proses pemasangan pendingin hawa ini dijalankan untuk paparan Para Penyumbang di sumbangan.com.
Kempen ini juga akan mencapai sasarannya tidak lama lagi. Para jemaah di Masjid Darul Muttaqin dan penduduk lain di kampung ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang telah banyak membantu mereka untuk mendapatkan pendingin hawa untuk masjid ini. Doa mereka untuk kita semua, semoga Allah membalas semua kebaikkan kita dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Aamiin Insya Allah.
Terus salurkan sumbangan anda.
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera Para Penyumbang,
Alhamdulillah, terima kasih kepada yang telah menyumbang untuk kempen Masjid Darul Muttaqin ini. Semalam iaitu pada tarikh 15/02/2022 (Selasa), salah sorang wakil daripada Masjid Darul Muttaqin memaklumkan kepada kami bahawa 9 buah pendingin hawa berjenama Daikin telah dibeli untuk dipasangkan di dalam masjid.
Beberapa orang wakil di sana telah pergi ke bandar pada hari semalam yang jaraknya juga agak jauh dari perkampungan tersebut dan perjalanan ke bandar juga mengambil masa kira-kira 2jam setangah untuk sampai di sana.
Insya Allah, jika tiada aral melintang hari ini pendingin hawa tersebut akan di pasang di dalam Masjid Darul Muttaqin ini. Semoga usaha ini serba sedikit dapat membantu mereka agar dapat beribadah dengan lebih selesa.
Terima kasih dan teruskan menyumbang.
Di sini kami lampirkan beberapa gambar pendingin hawa yang telah dibeli.