Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM1,035 / 2.07 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
41 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Hujan lebat yang berterusan di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan, dan Pahang serta di Sabah Sarawak telah menjejaskan beberapa daerah yang mengalami banjir buruk dan memerlukan semua mangsa terlibat perlu berpindah keluar daripada kediaman masing-masing. Sehingga kini lebih daripada 25 ribu mangsa yang telah berpindah ke beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Ayuh bersama kami Pertubuhan Mihrab bagi membantu mangsa banjir terutama sekali mereka-mereka yang terkesan dimana terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir tanpa sempat bersiap sedia dengan keperluan-keperluan diri.
"Barangsiapa memudahkan orang yang dalam kesulitan, Allah memudahkannya di dunia dan akhirat." (Riwayat Ibnu Majah)
Dengan ini, sukarelawan Pertubuhan Mihrab akan turun menghulurkan bantuan seperti dibawah:
2. Kit perubatan
5. Tuala wanita
6. Barangan mandian
7. Pakaian dan sebagainya
Semoga Allah SWT selamatkan kita & keluarga daripada kesusahan-kesusahan dunia dan akhirat.
والصدقةُ تُطفِيءُ الخطيئةَ كما تُطفِيءُ الماءُ النارَ
Yang bermaksud: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”
(Riwayat Al-Tirmizi)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
PERKEMBANGAN AGIHAN BANTUAN SEGERA - MANGSA BANJIR
FASA 1 : Sungai Lui, Hulu Langat. (Agihan dibuat pada 20.12.2021)
FASA 2: Surau Nurul Iman Kg Lombong, Seksyen 29 Shah Alam (Agihan dibuat pada 21.12.2021)
FASA 3: Taman Sri Muda, Shah Alam (Agihan dibuat 30.12.2021 )
FASA 4: Kg Chemperai, Dengkil Selangor (Agihan dibuat 03.01.2022)
FASA 5: Kampung Kubu di Kemaman Terengganu (Agihan dibuat 07.01.2023)
𝐀𝐠𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐣𝐢𝐫 𝐊𝐠 𝐏𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐮𝐛𝐮,𝐊𝐞𝐦𝐚𝐦𝐚𝐧,𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮
Banjir di Pantai Timur pada penghujung Disember 2022 turut dirasai oleh penduduk di Kampung Kubu di Kemaman Terengganu. Team sukarelawan MIHRAB difahamkan, pertama kali dalam sejarah Kampung Padang Kubu ini mengalami banjir yang teruk dan 95% Kawasan kampung telah ditenggelami hingga ke paras dada.
Alhamdulillah, pada 7 Januari yang lalu team MIHRAB telah menjalankan aktiviti agihan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Padang Kubu, Terengganu Agihan yang diberikan berbentuk set bantuan bagi kanak-kanak, set bantuan bagi warga emas dan set bantuan perubatan.
Aktiviti agihan bantuan banjir ini adalah kerjasama bersama Tabung Kebajikan dan Pendidikan Gerakan Belia 4B(M) Shah Alam yang dipengerusikan oleh Encik Iwan. Terima kasih diucapkan kepada Pak Din yang merupakan JPKK Kampung Padang Kubu kerana membantu kami menjayakan aktiviti agihan bantuan banjir ini.
Jutaan terima kasih kepada penderma yang telah menyalurkan sumbangan anda. Semoga sumbangan anda ini diberikan ganjaran sebesar-besarnya di sisi Allah swt.
PERTUBUHAN MIHRAB (PPM-005-14-18052021)
☎️ Sebarang pertanyaan boleh hubungi 01119632876 atau
📌 Telegram: https://t.me/mihrabhq
📌Website: https://www.mihrab.my
📌 Facebook: https://www.facebook.com/pertubuhanmihrab/
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Mar 06, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 07, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Feb 02, 2023
SITI AISHAH ABDUL RASHID
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 05, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 26, 2022