Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERKEMBANGAN AGIHAN BANTUAN SEGERA - MANGSA BANJIR
FASA 1 : Sungai Lui, Hulu Langat. (Agihan dibuat pada 20.12.2021)
FASA 2: Surau Nurul Iman Kg Lombong, Seksyen 29 Shah Alam (Agihan dibuat pada 21.12.2021)
FASA 3: Taman Sri Muda, Shah Alam (Agihan dibuat 30.12.2021 )
FASA 4: Kg Chemperai, Dengkil Selangor (Agihan dibuat 03.01.2022)
FASA 5: Kampung Kubu di Kemaman Terengganu (Agihan dibuat 07.01.2023)
𝐀𝐠𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐣𝐢𝐫 𝐊𝐠 𝐏𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐮𝐛𝐮,𝐊𝐞𝐦𝐚𝐦𝐚𝐧,𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮
Banjir di Pantai Timur pada penghujung Disember 2022 turut dirasai oleh penduduk di Kampung Kubu di Kemaman Terengganu. Team sukarelawan MIHRAB difahamkan, pertama kali dalam sejarah Kampung Padang Kubu ini mengalami banjir yang teruk dan 95% Kawasan kampung telah ditenggelami hingga ke paras dada.
Alhamdulillah, pada 7 Januari yang lalu team MIHRAB telah menjalankan aktiviti agihan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Padang Kubu, Terengganu Agihan yang diberikan berbentuk set bantuan bagi kanak-kanak, set bantuan bagi warga emas dan set bantuan perubatan.
Aktiviti agihan bantuan banjir ini adalah kerjasama bersama Tabung Kebajikan dan Pendidikan Gerakan Belia 4B(M) Shah Alam yang dipengerusikan oleh Encik Iwan. Terima kasih diucapkan kepada Pak Din yang merupakan JPKK Kampung Padang Kubu kerana membantu kami menjayakan aktiviti agihan bantuan banjir ini.
Jutaan terima kasih kepada penderma yang telah menyalurkan sumbangan anda. Semoga sumbangan anda ini diberikan ganjaran sebesar-besarnya di sisi Allah swt.
PERTUBUHAN MIHRAB (PPM-005-14-18052021)
☎️ Sebarang pertanyaan boleh hubungi 01119632876 atau
📌 Telegram: https://t.me/mihrabhq
📌Website: https://www.mihrab.my
📌 Facebook: https://www.facebook.com/pertubuhanmihrab/