AKADEMI TAHFIZ HALIMATUN SAADIAH

Aktif sejak May 28, 2021

Tentang Penganjur

AKADEMI TAHFIZ HALIMATUN SAADIAH


1. PENGENALAN

Penubuhan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) ini diwujudkan atas kesedaran bahawa golongan penghafaz Al-Quran perlu ditambah di negeri Terengganu ini khasnya dan di seluruh negara Malaysia amnya. Kewujudan IPS ini bertepatan dengan masanya kerana hanya terdapat beberapa sekolah yang menggabungkan aliran agama, tahfiz Al-Quran dan akademik di negeri Terengganu ini. Pengajian berteraskan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah (Al-Quran, Al Hadith, Ijma’ ulama dan Qias).


2. LATAR BELAKANG AKADEMI TAHFIZ HALIMATUN SAADIAH

Akademi Tahfiz Halimatun Saadiah telah ditubuhkan pada 5 Januari 2018 di Rumah Banglo yg diwaqafkan oleh Dato Haji Khaidir Khana bin Hamzah.


Seramai 20 pelajar telah mendaftarkan diri pada permulaan sesi pembelajaran dan dibimbing oleh dua orang guru tahfiz.


Akademi Tahfiz Halimatun Saadiah telah melakukan beberapa ubahsuai dan penambahbaikkan untuk memberi kemudahan dan keselesaan Pelajar dan Pembelajaran.


3. VISI DAN MISI

VISI

Memartabatkan Institusi Tahfiz dan menyediakan modal insan yang berakhlak mulia dan berdaya saing dalam menuju negara maju, berkat dan sejahtera serta sebagai pelengkap kepada pembangunan Sistem Tahfiz yang komprehensif.


MISI

- Menyediakan fasiliti pembelajaran yang komprehensif.

- Melahirkan para huffaz yang berintergriti.

- Melahirkan intlektual islam (ulama profesional)

- Melahirkan Ibu Hafizah kepada generasi Tahfiz


4. OBJEKTIF PENUBUHAN

- Melahirkan generasi yang cintakan Al-Quran dan ilmu-ilmu syariah.

- Melahirkan generasi Islam yang berilmu, beriman beramal, menghayati dan menjiwai akhlak mulia.

- Menyediakan tempat pembelajaran yang kondusif dan komprehensif.

- Membina generasi yang menguasai ilmu Al-Quran dan Al Hadis.

- Memupuk generasi yang cinta ALLAH dan Rasulullah S.A.W. serta orang yang mencintai dan dicintai ALLAH dan Rasulullah S.A.W.

- Melahirkan pelajar yang fasih berbahasa Arab.

- Melahirkan pelajar yang mahir penulisan Al-Quran / Imlak.

- Sebagai pelengkap kepada Institusi Tahfiz lelaki

Jalan Air Jernih, Kampung Semanyor, , 242000, Kemasik, Terengganu, Malaysia
akahmad5663@gmail.com
+60139027414
+60139027414

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah permudahkan urusan kami, rahmatilah kami.

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya ALLAH.. TERIMALAH IBADAH KAMI..SESUNGGUHNYA KAMI MENCAFI REDHAMU YA ALLAH..

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MUZAILY BIN MOHAMED ZAUTI

2 tahun yang lepas

Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku kurniakan kpdku isteri yg solehah serta anak2 yg soleh dan solehah,permudahkan lah urusan rezeki kami aminn

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MIOR MOHD YAZMIL

2 tahun yang lepas

Ya Robb Kau terimalah amal kami, kayakanlah aku dlm keberkatan agar aku dpt menolong lebih banyak dan istiqomah didalam agama Mu.

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Permudahkan urusan jodoh, dijauhkan malapetaka, dipermudahkan urusan

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Permudahkan urusan jodoh, dijauhkan malapetaka, dipermudahkan urusan

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: