AKADEMI TAHFIZ HALIMATUN SAADIAH

Aktif sejak May 28, 2021

Tentang Penganjur

AKADEMI TAHFIZ HALIMATUN SAADIAH


1. PENGENALAN

Penubuhan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) ini diwujudkan atas kesedaran bahawa golongan penghafaz Al-Quran perlu ditambah di negeri Terengganu ini khasnya dan di seluruh negara Malaysia amnya. Kewujudan IPS ini bertepatan dengan masanya kerana hanya terdapat beberapa sekolah yang menggabungkan aliran agama, tahfiz Al-Quran dan akademik di negeri Terengganu ini. Pengajian berteraskan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah (Al-Quran, Al Hadith, Ijma’ ulama dan Qias).


2. LATAR BELAKANG AKADEMI TAHFIZ HALIMATUN SAADIAH

Akademi Tahfiz Halimatun Saadiah telah ditubuhkan pada 5 Januari 2018 di Rumah Banglo yg diwaqafkan oleh Dato Haji Khaidir Khana bin Hamzah.


Seramai 20 pelajar telah mendaftarkan diri pada permulaan sesi pembelajaran dan dibimbing oleh dua orang guru tahfiz.


Akademi Tahfiz Halimatun Saadiah telah melakukan beberapa ubahsuai dan penambahbaikkan untuk memberi kemudahan dan keselesaan Pelajar dan Pembelajaran.


3. VISI DAN MISI

VISI

Memartabatkan Institusi Tahfiz dan menyediakan modal insan yang berakhlak mulia dan berdaya saing dalam menuju negara maju, berkat dan sejahtera serta sebagai pelengkap kepada pembangunan Sistem Tahfiz yang komprehensif.


MISI

- Menyediakan fasiliti pembelajaran yang komprehensif.

- Melahirkan para huffaz yang berintergriti.

- Melahirkan intlektual islam (ulama profesional)

- Melahirkan Ibu Hafizah kepada generasi Tahfiz


4. OBJEKTIF PENUBUHAN

- Melahirkan generasi yang cintakan Al-Quran dan ilmu-ilmu syariah.

- Melahirkan generasi Islam yang berilmu, beriman beramal, menghayati dan menjiwai akhlak mulia.

- Menyediakan tempat pembelajaran yang kondusif dan komprehensif.

- Membina generasi yang menguasai ilmu Al-Quran dan Al Hadis.

- Memupuk generasi yang cinta ALLAH dan Rasulullah S.A.W. serta orang yang mencintai dan dicintai ALLAH dan Rasulullah S.A.W.

- Melahirkan pelajar yang fasih berbahasa Arab.

- Melahirkan pelajar yang mahir penulisan Al-Quran / Imlak.

- Sebagai pelengkap kepada Institusi Tahfiz lelaki

Jalan Air Jernih, Kampung Semanyor, , 242000, Kemasik, Terengganu, Malaysia
akahmad5663@gmail.com
+60139027414
+60139027414

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah ampunkan dosa-dosa kedua ibu bapaku dan seluruh umat saidina muhammad.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya allah sesungguhnya infaqku ini hanya keranaMu ya-allah.. Berkati lah hidupku keluargaku sahabat2ku serta muslimin muslimat semuanya.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya rabb, aku menginfakkan sedikit rezeki KU atas nama YAHYA BIN MOHAMAD kerana Allah swt. Semoga Allah kurniakan Rahmat dan syafaat nabi Muhammad saw untuk ayah. Aaminn

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SEMUT HITAM

2 tahun yang lepas

Ya Allah ampunillah dosa dosa kami. Kurniakanlah kami sekeluarga kesihatan yang baik.Kurniakanlah kami rezeki yang seluas langit mu yang tidak pernah putus dan rezeki yang tidak pernah kami jangkakan.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

❤️

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SITI KHAMISAH MD HASSAN

2 tahun yang lepas

Ya Allah, alirkn pahala ini keatas kedua ibubapaku,suamiku,anak2ku,keturunanku,seluruh umatMu,kurniakan aku rezeki yg blh membantu aku bdakwah kejalanMu.kurniakn aku rezeki seluas langitMu.Amin

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: