AKADEMI TAHFIZ HALIMATUN SAADIAH

Aktif sejak May 28, 2021

Tentang Penganjur

AKADEMI TAHFIZ HALIMATUN SAADIAH


1. PENGENALAN

Penubuhan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) ini diwujudkan atas kesedaran bahawa golongan penghafaz Al-Quran perlu ditambah di negeri Terengganu ini khasnya dan di seluruh negara Malaysia amnya. Kewujudan IPS ini bertepatan dengan masanya kerana hanya terdapat beberapa sekolah yang menggabungkan aliran agama, tahfiz Al-Quran dan akademik di negeri Terengganu ini. Pengajian berteraskan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah (Al-Quran, Al Hadith, Ijma’ ulama dan Qias).


2. LATAR BELAKANG AKADEMI TAHFIZ HALIMATUN SAADIAH

Akademi Tahfiz Halimatun Saadiah telah ditubuhkan pada 5 Januari 2018 di Rumah Banglo yg diwaqafkan oleh Dato Haji Khaidir Khana bin Hamzah.


Seramai 20 pelajar telah mendaftarkan diri pada permulaan sesi pembelajaran dan dibimbing oleh dua orang guru tahfiz.


Akademi Tahfiz Halimatun Saadiah telah melakukan beberapa ubahsuai dan penambahbaikkan untuk memberi kemudahan dan keselesaan Pelajar dan Pembelajaran.


3. VISI DAN MISI

VISI

Memartabatkan Institusi Tahfiz dan menyediakan modal insan yang berakhlak mulia dan berdaya saing dalam menuju negara maju, berkat dan sejahtera serta sebagai pelengkap kepada pembangunan Sistem Tahfiz yang komprehensif.


MISI

- Menyediakan fasiliti pembelajaran yang komprehensif.

- Melahirkan para huffaz yang berintergriti.

- Melahirkan intlektual islam (ulama profesional)

- Melahirkan Ibu Hafizah kepada generasi Tahfiz


4. OBJEKTIF PENUBUHAN

- Melahirkan generasi yang cintakan Al-Quran dan ilmu-ilmu syariah.

- Melahirkan generasi Islam yang berilmu, beriman beramal, menghayati dan menjiwai akhlak mulia.

- Menyediakan tempat pembelajaran yang kondusif dan komprehensif.

- Membina generasi yang menguasai ilmu Al-Quran dan Al Hadis.

- Memupuk generasi yang cinta ALLAH dan Rasulullah S.A.W. serta orang yang mencintai dan dicintai ALLAH dan Rasulullah S.A.W.

- Melahirkan pelajar yang fasih berbahasa Arab.

- Melahirkan pelajar yang mahir penulisan Al-Quran / Imlak.

- Sebagai pelengkap kepada Institusi Tahfiz lelaki

Jalan Air Jernih, Kampung Semanyor, , 242000, Kemasik, Terengganu, Malaysia
akahmad5663@gmail.com
+60139027414
+60139027414

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, kurniakan lh kepada kami kesabaran yang tinggi dn kurniakan lh jln penyelesaian kepada kami. Murahkan rezeki kami dr segala sudut dn berkati nya Ya Allah.. Perkenankan doa kami Ya Allah.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah,aku sedekahkan pahala buat diriku,arwah ibu dan abgku,murahkan rezekiku,ampunkan dosa dosaku,masukkan seluruh keluargaku ke syurgaMu,haramkan kami nerakaMu,mudahkan kami di dunia akhirat.Amn.

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MOHD HASBULLAH BIN YUNOS

2 tahun yang lepas

Doakan semoga zuriat kami dalam kandungan isteri saya Nurul Hidayah Mohd Hanafi sihat selalu Dan selamat smpurna dilahirkn cukup bulan selama 9 bulan 9 hari. Allahuma aamiin

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Sedekah subuh kerana Allah

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Sedekah subuh ini kerana Allah

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, kurniakanlah perlindungan keatas diriku, ahli keluargaku daripada dijangkiti wabak covid19, sihatkanlah tubuh badan kami. Aamiin

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: