PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Aktif sejak Aug 28, 2021

Tentang Penganjur

Kami di Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama D’Olive Kitchen telah menjalankan program Pek Makanan Anak Yatim dan Asnaf bermula dari tahun 2020 lagi yang mana kami memfokuskan kepada Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Paya Jaras.

Melihat kepada keperluan semasa, kami berhasrat untuk meneruskan program Pek Makanan Anak Yatim & Asnaf ini dengan mensasarkan untuk membantu lebih ramai dalam kalangan pengusaha rumah Anak yatim dan asnaf di negeri Selangor. Program ini akan dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar bantuan pek makanan kepada mereka.



Berdepan dengan pandemik ketika ini menyukarkan para pengusaha rumah anak yatim dan asnaf untuk terus menyelenggara dan memastikan kebajikan para penghuni rumah tersebut terjaga. Maka kami mengambil inisiatif untuk turut sama membantu dengan memfokuskan kepada keperluan makanan seperti pek makanan yang telah kami laksanakan.



Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ketika berdepan pandemik ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua penyumbang yang turut bersama cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Semoga kita tergolong dalam golongan sepeti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



No 32, Jalan Flora 2B/2, Bandar Rimbayu, , 42500, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
brigadecare@gmail.com
+60187859248
0187859248

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga kita semua dimurahkn rezeki diberikan kesihatan mental dan fizikal memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat. Amin ya Rabbal Alamin..

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ADONIE BINTI ADNAN

4 tahun yang lepas

Semoga pahala infaq ini menjadi penolongku di akhirat nanti. Didoakan juga pahala infaq ini sampai kpd arwah suami AZMI BIN MAT JAM. آمِيْن آمِيْن آمِيْن..يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah ampunkan dosa-dosa kami rahmati kami lindungi kami akhiri hidup kami dalam keimanan dan khusnul khatimah dan masukkan kami ke dalam syurgaMu tanpa hisab.... Aaminn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Infaq bagi pihak saya,suami dan ank2..utk arwah kedua ibu bapa kami ..semoga Allah memberkatinya..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah kami memohon kepadaMu agar dikurniakan segala kebaikan yang ada pada kami dan sekeliling kami serta lindung diri kami dari segala keburukan yang ada padanya..aamiin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Semoga Allah ampunkan dosa dosa kita semua dan menerima amalan kita.aamiinn

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: