PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Aktif sejak Aug 28, 2021

Tentang Penganjur

Kami di Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama D’Olive Kitchen telah menjalankan program Pek Makanan Anak Yatim dan Asnaf bermula dari tahun 2020 lagi yang mana kami memfokuskan kepada Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Paya Jaras.

Melihat kepada keperluan semasa, kami berhasrat untuk meneruskan program Pek Makanan Anak Yatim & Asnaf ini dengan mensasarkan untuk membantu lebih ramai dalam kalangan pengusaha rumah Anak yatim dan asnaf di negeri Selangor. Program ini akan dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar bantuan pek makanan kepada mereka.



Berdepan dengan pandemik ketika ini menyukarkan para pengusaha rumah anak yatim dan asnaf untuk terus menyelenggara dan memastikan kebajikan para penghuni rumah tersebut terjaga. Maka kami mengambil inisiatif untuk turut sama membantu dengan memfokuskan kepada keperluan makanan seperti pek makanan yang telah kami laksanakan.



Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ketika berdepan pandemik ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua penyumbang yang turut bersama cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Semoga kita tergolong dalam golongan sepeti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



No 32, Jalan Flora 2B/2, Bandar Rimbayu, , 42500, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
brigadecare@gmail.com
+60187859248
0187859248

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

ya Allah ampunkan dosa-dosa kami, jauhi kami dari azab kubur & azab api neraka, tempatkan kami disyurgamu ya Allah..lindungi kami dari wabak covid 19 ini dan angkatlah ia dari muka bumi ini ya Allah.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Semoga kami dikurniakan rezeki yg melimpah ruah dan dijauhkan daripada segala ancaman wabak. Semoga Malaysia kembali aman

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.. ampunkanlah dosa-dosa kami semua, selamatkanlah kami di dunia dan di akhirat, masukkanlah kami ke Jannatul Firdaus Mu tanpa dihisab. Aamiin ya rabbal 'aalamiin. ?

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NOR RASYIDAH HAMINUDIN

4 tahun yang lepas

Ya Allah, mudahkan urusan kami sekeluarga, murahkan rezeki kami, rahmati kami dan kurniakan kesihatan kepada kami. Amiin

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah jadikan aku dan zuriat keturunan ku mencintai AlQuran, membaca dan mengamalkannya..Ya Allah permudahkan urusan kami sekeluarga,limpahkan rezeki dan jauhi la kami dari bahaya penyakit

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah semoga pahala sedekahku sampai kepada semua ahli keluarga yg telah meninggal dunia. Ampunkan dosaku. Kasihanilah aku. Selamatkanku dan seluruh keluargaku dari api neraka.

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: