PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Aktif sejak Aug 28, 2021

Tentang Penganjur

Kami di Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama D’Olive Kitchen telah menjalankan program Pek Makanan Anak Yatim dan Asnaf bermula dari tahun 2020 lagi yang mana kami memfokuskan kepada Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Paya Jaras.

Melihat kepada keperluan semasa, kami berhasrat untuk meneruskan program Pek Makanan Anak Yatim & Asnaf ini dengan mensasarkan untuk membantu lebih ramai dalam kalangan pengusaha rumah Anak yatim dan asnaf di negeri Selangor. Program ini akan dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar bantuan pek makanan kepada mereka.



Berdepan dengan pandemik ketika ini menyukarkan para pengusaha rumah anak yatim dan asnaf untuk terus menyelenggara dan memastikan kebajikan para penghuni rumah tersebut terjaga. Maka kami mengambil inisiatif untuk turut sama membantu dengan memfokuskan kepada keperluan makanan seperti pek makanan yang telah kami laksanakan.



Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ketika berdepan pandemik ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua penyumbang yang turut bersama cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Semoga kita tergolong dalam golongan sepeti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



No 32, Jalan Flora 2B/2, Bandar Rimbayu, , 42500, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
brigadecare@gmail.com
+60187859248
0187859248

Doa-Doa #Penyumbang

JASNIDAR BINTI AHMAD

4 tahun yang lepas

Ya Allah aku meminta redhomu Ya Allah ampunkan dosa kedua ibubapaku Ya Allahllah ampunkan dosa2 umat nabi Muhammad saw

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunkan dosa2 kami, rahmati hidup kami, masukkan kami ke dlm syurgaMu, berkati rezeki kami,angkatkn la wabak covid, berikan kesembuhan kpd org2 yg sakit

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Semago allah terima sedekah hamba nya.. doa kan saya istiqomah sehingga nafas terakhir.. aamiinn

2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK

4 tahun yang lepas

Ya Allah, Ini infak dr Arwah Ibubapa&Ahli KelurgaKU, Murahkan Rezeki&Permudahkan Urusan Kami, Kurniakan Kesihatan yg Baik&Sembuhkan Kami dr segala Penyakit, Hindarkan Kami dr segala Musibah.....Aaminn

2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

semoga amalan yang sikit ini dapat bantu isteri saya capai apa yang dia inginkan

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH

4 tahun yang lepas

Ya Tuhan Kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami. Aaminn

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: