PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Aktif sejak Aug 28, 2021

Tentang Penganjur

Kami di Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama D’Olive Kitchen telah menjalankan program Pek Makanan Anak Yatim dan Asnaf bermula dari tahun 2020 lagi yang mana kami memfokuskan kepada Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Paya Jaras.

Melihat kepada keperluan semasa, kami berhasrat untuk meneruskan program Pek Makanan Anak Yatim & Asnaf ini dengan mensasarkan untuk membantu lebih ramai dalam kalangan pengusaha rumah Anak yatim dan asnaf di negeri Selangor. Program ini akan dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar bantuan pek makanan kepada mereka.



Berdepan dengan pandemik ketika ini menyukarkan para pengusaha rumah anak yatim dan asnaf untuk terus menyelenggara dan memastikan kebajikan para penghuni rumah tersebut terjaga. Maka kami mengambil inisiatif untuk turut sama membantu dengan memfokuskan kepada keperluan makanan seperti pek makanan yang telah kami laksanakan.



Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ketika berdepan pandemik ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua penyumbang yang turut bersama cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Semoga kita tergolong dalam golongan sepeti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



No 32, Jalan Flora 2B/2, Bandar Rimbayu, , 42500, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
brigadecare@gmail.com
+60187859248
0187859248

Doa-Doa #Penyumbang

HASNAH ARIFFIN

4 tahun yang lepas

Moga Allah SWT merahmati Kita

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Hidupku...matiku keranamu ya allah... Aku memberi bukan kerana aku ada...tetapi kerana kasih sayangmu ya allah...

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Doakan saya sekeluarga semoga sentiasa diperluaskan rezeki dan dijauhkan dari wabak covid 19. Aaminn

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Semoga Allah terima amal ini bagi pihak Siti Sharah Safri, diperluaskan rezeki dan diberkati umurnya. Aamiin2

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah terimalah sedekah hambamu ini semoga pahalanya mengalir buat arwah opah Menson Mat Ali, arwah ayah Rusli Yacob dan arwah abah Ibrahim Che Din Limpahkan barakah dan aafiyah buat keluarga kami

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah. Permudahkankah urusanku dalam melangsaikan hutang. Semoga sedekah jariah ini dapat melipatgandakan lagi rezekiku. آمِينْ... آمِينْ..يَا رَبَّ الْعَالَمِين

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: