PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Aktif sejak Aug 28, 2021

Tentang Penganjur

Kami di Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama D’Olive Kitchen telah menjalankan program Pek Makanan Anak Yatim dan Asnaf bermula dari tahun 2020 lagi yang mana kami memfokuskan kepada Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Paya Jaras.

Melihat kepada keperluan semasa, kami berhasrat untuk meneruskan program Pek Makanan Anak Yatim & Asnaf ini dengan mensasarkan untuk membantu lebih ramai dalam kalangan pengusaha rumah Anak yatim dan asnaf di negeri Selangor. Program ini akan dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar bantuan pek makanan kepada mereka.



Berdepan dengan pandemik ketika ini menyukarkan para pengusaha rumah anak yatim dan asnaf untuk terus menyelenggara dan memastikan kebajikan para penghuni rumah tersebut terjaga. Maka kami mengambil inisiatif untuk turut sama membantu dengan memfokuskan kepada keperluan makanan seperti pek makanan yang telah kami laksanakan.



Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ketika berdepan pandemik ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua penyumbang yang turut bersama cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Semoga kita tergolong dalam golongan sepeti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



No 32, Jalan Flora 2B/2, Bandar Rimbayu, , 42500, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
brigadecare@gmail.com
+60187859248
0187859248

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, ampuni dosa kami, permudahkan urusan kami dunia akhirat, luaskan rezeki kami, berikan kejayaan kepada kami, lindungi kami dunia akhirat, tempatkan kami dalam syurgaMu

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah. Berilah kami rezki untuk kami bayar hutang dan bantu diri dan keluarga serta mereka yang memerlukan. Percepatkan rezki kami, banyak kan lagi rezki kami ya Allah. Amiin

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah redhailah kami, ampunilah kami dan kedua ibu bapa kami, anak anak kami serta seluruh umat islam,. Amin Allahumma Amin

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah Jadikanlah anak2 ku anak yg soleh & solehah.. Permudahkan urusan kami didunia & diakhirat.. kurniakan kami rezeki yg berkat & berpanjangan.. Amin..

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK

2 tahun yang lepas

Ya Allah, Ini infak dr Arwah Ibubapa&Ahli KeluargKU, Murahkan Rezeki&Permudahkan Urusan Kami, Kurniakan Kesihatan yg Baik&Sembuhkan Kami dr segala Penyakit, Hindarkan Kami dr segala Musibah..Aaminn

2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga urusan kempen ini dipermudahkan.. Ya Allah jika ada pahala atas sedekah dan urusan ini aku hadiahkan buat arwah abahku ahmad bin ali aamin.

2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: