PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Aktif sejak Aug 28, 2021

Tentang Penganjur

Kami di Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama D’Olive Kitchen telah menjalankan program Pek Makanan Anak Yatim dan Asnaf bermula dari tahun 2020 lagi yang mana kami memfokuskan kepada Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Paya Jaras.

Melihat kepada keperluan semasa, kami berhasrat untuk meneruskan program Pek Makanan Anak Yatim & Asnaf ini dengan mensasarkan untuk membantu lebih ramai dalam kalangan pengusaha rumah Anak yatim dan asnaf di negeri Selangor. Program ini akan dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar bantuan pek makanan kepada mereka.



Berdepan dengan pandemik ketika ini menyukarkan para pengusaha rumah anak yatim dan asnaf untuk terus menyelenggara dan memastikan kebajikan para penghuni rumah tersebut terjaga. Maka kami mengambil inisiatif untuk turut sama membantu dengan memfokuskan kepada keperluan makanan seperti pek makanan yang telah kami laksanakan.



Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ketika berdepan pandemik ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua penyumbang yang turut bersama cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Semoga kita tergolong dalam golongan sepeti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



No 32, Jalan Flora 2B/2, Bandar Rimbayu, , 42500, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
brigadecare@gmail.com
+60187859248
0187859248

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunilah dosa2 kami dan dosa2 kedua ibubapa kami. Terimalah amalan kami dan masukkanlah kami dalam golongan orang2 yang bersyukur. Rahmatilah kami dunia dan akhirat

2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunkan dosa2 kami, rahmati kami, kurniakan kami anak2 yg soleh, pelihara kami dr perbuatan buruk kami, pelihara kami dr seksaan kubur& azab api neraka. Matikan kaami dgn khusnul khotimah.

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SITI KHAMISAH MD HASSAN

2 tahun yang lepas

Ya Allah kau permudahkn urysan mereka,alirkan pahala ini keatas kedua ibubapaku,suamiku,anqk2ku,keturunanku,seluruh umatMu,kurniakn aku rezeki yg boleh membantu aku berdakwah kejalanMu,amin

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Pahala sedekah buat arwah suami AMRIZEE BIN MOHD AMIN. Jadikan ank2 kami ank yang soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan ibubapanya

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NUR SHARIZA BT MOHD REDZO & MUHAMAD NOR AIZUDDIN

2 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunilah dosa2ku, dosa suamiku,dosa ibubapaku.Kurniakanlah kesihatan yg baik & rezeki yg melimpah ruah agak kami dpt membuat kebaikkan. Hapuskanlah wabak ini Ya Allah…

2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, Semoga kami diberi kesihatan yang baik, disembuhkan dari segala penyakit, diberi usia dan rezeki yang berkat serta dlm rahmatMu selalu. Jauhkanlah kami dari wabak Covid-19 ini Ya Rab

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: