PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Aktif sejak Aug 28, 2021

Tentang Penganjur

Kami di Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama D’Olive Kitchen telah menjalankan program Pek Makanan Anak Yatim dan Asnaf bermula dari tahun 2020 lagi yang mana kami memfokuskan kepada Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Paya Jaras.

Melihat kepada keperluan semasa, kami berhasrat untuk meneruskan program Pek Makanan Anak Yatim & Asnaf ini dengan mensasarkan untuk membantu lebih ramai dalam kalangan pengusaha rumah Anak yatim dan asnaf di negeri Selangor. Program ini akan dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar bantuan pek makanan kepada mereka.



Berdepan dengan pandemik ketika ini menyukarkan para pengusaha rumah anak yatim dan asnaf untuk terus menyelenggara dan memastikan kebajikan para penghuni rumah tersebut terjaga. Maka kami mengambil inisiatif untuk turut sama membantu dengan memfokuskan kepada keperluan makanan seperti pek makanan yang telah kami laksanakan.



Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ketika berdepan pandemik ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua penyumbang yang turut bersama cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Semoga kita tergolong dalam golongan sepeti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



No 32, Jalan Flora 2B/2, Bandar Rimbayu, , 42500, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
brigadecare@gmail.com
+60187859248
0187859248

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, semoga sumbangan ini dapat meringankan began si penerima.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah kurniakanlah kami sekeluarga KeredaanMu dan keberkatan hidup di dunia dan akhirat dan jauhkanlah kami dri azab siksa kubur dan api neraka

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunkan dosa kami, keluarga dan seluruh umat Nabi Muhammad. Haramkan atas kami api neraka. Mudahkan urusan hidup kami di dunia, kubur dan akhirat. Sembuhkan ibuku, anank2ku, suamiku dan diriku. Lindungilah anak2ku dan kami semua drpd bahaya internet dan segala bahaya lain..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, anugerahkan kami semua berkat, rahmat, kejayaan dunia akhirat. Aamiin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ABDUL KARIM BIN HUSAIN

3 tahun yang lepas

1. Anak dlm kandungan nor aini sihat sempurna segalanya 2. Hb isteri naik 3.air ketuban normal bacaan 4.dtg kebaikan hindar kejahatan

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

semoga kita semua dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki. Aminnn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: