PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Aktif sejak Aug 28, 2021

Tentang Penganjur

Kami di Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama D’Olive Kitchen telah menjalankan program Pek Makanan Anak Yatim dan Asnaf bermula dari tahun 2020 lagi yang mana kami memfokuskan kepada Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Paya Jaras.

Melihat kepada keperluan semasa, kami berhasrat untuk meneruskan program Pek Makanan Anak Yatim & Asnaf ini dengan mensasarkan untuk membantu lebih ramai dalam kalangan pengusaha rumah Anak yatim dan asnaf di negeri Selangor. Program ini akan dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar bantuan pek makanan kepada mereka.



Berdepan dengan pandemik ketika ini menyukarkan para pengusaha rumah anak yatim dan asnaf untuk terus menyelenggara dan memastikan kebajikan para penghuni rumah tersebut terjaga. Maka kami mengambil inisiatif untuk turut sama membantu dengan memfokuskan kepada keperluan makanan seperti pek makanan yang telah kami laksanakan.



Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ketika berdepan pandemik ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua penyumbang yang turut bersama cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Semoga kita tergolong dalam golongan sepeti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



No 32, Jalan Flora 2B/2, Bandar Rimbayu, , 42500, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
brigadecare@gmail.com
+60187859248
0187859248

Doa-Doa #Penyumbang

ABDUL KARIM BIN HUSAIN

3 tahun yang lepas

Hb isteri naik atas 11

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga kita semua dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki. Aminnn

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga keluarga dirahmati Allah, kesihatan yg baik dan ditambahkan rezeki

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ALLAHYARHAMAH AMNAH BINTI ABDULLAH

3 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunkanlah dosa2 ibu ku.  Hindarkanlah ibu ku daripada azab kubur dan api neraka. Kurniakanlah kepada ku rezeki yang melimpah ruah yang kau redhai.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NORFADLI BIN ABDUL LATIF

3 tahun yang lepas

Ya Allah, kurniakan seluruh musliminin, muslimat, mukminin dan mukminat doa, hajat dan keinginan yang segera terwujud tanpa susah payah, mudah, cepat dan selamat

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah terimalah amal ibadah kami sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: