PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Aktif sejak Aug 28, 2021

Tentang Penganjur

Kami di Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama D’Olive Kitchen telah menjalankan program Pek Makanan Anak Yatim dan Asnaf bermula dari tahun 2020 lagi yang mana kami memfokuskan kepada Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Paya Jaras.

Melihat kepada keperluan semasa, kami berhasrat untuk meneruskan program Pek Makanan Anak Yatim & Asnaf ini dengan mensasarkan untuk membantu lebih ramai dalam kalangan pengusaha rumah Anak yatim dan asnaf di negeri Selangor. Program ini akan dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar bantuan pek makanan kepada mereka.



Berdepan dengan pandemik ketika ini menyukarkan para pengusaha rumah anak yatim dan asnaf untuk terus menyelenggara dan memastikan kebajikan para penghuni rumah tersebut terjaga. Maka kami mengambil inisiatif untuk turut sama membantu dengan memfokuskan kepada keperluan makanan seperti pek makanan yang telah kami laksanakan.



Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ketika berdepan pandemik ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua penyumbang yang turut bersama cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Semoga kita tergolong dalam golongan sepeti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



No 32, Jalan Flora 2B/2, Bandar Rimbayu, , 42500, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
brigadecare@gmail.com
+60187859248
0187859248

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah ampon dosaku dan berkati la infaqku ini

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MUHAMMAD ALFIE TEO ABDULLAH

3 tahun yang lepas

Mohon doa agar dilimpahi rezeki yg berkah tanpa putus,diberi kesihatan yg afiat,dimudahkan segala urusan dunia akhirat dan satukan hati saya dgn bkl isteri Novita Audriani dgn sah.Aamiin.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MIRI BINTI HASIM

3 tahun yang lepas

Doakan ibu saya ini diberi kesihatan yg afiat,dilimpahi rezeki yg luas tanpa putus dan sempat menunaikan Haji umrah dan melihat kejayaan dan kebahagiaan anak cucu.Aamiin.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga Allah SWT beri yang lebih baik

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, ampuni dosa kami, permudahkan urusan kami, berikan kami kejayaan dan kesihatan, tempatkan kami dalam syurgaMu

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

doakan arwah ayah saya MESBAH BIN HJ IDRIS ditempatkan dikalangan orang yang soleh dan beriman

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: