PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Aktif sejak Aug 28, 2021

Tentang Penganjur

Kami di Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama D’Olive Kitchen telah menjalankan program Pek Makanan Anak Yatim dan Asnaf bermula dari tahun 2020 lagi yang mana kami memfokuskan kepada Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Paya Jaras.

Melihat kepada keperluan semasa, kami berhasrat untuk meneruskan program Pek Makanan Anak Yatim & Asnaf ini dengan mensasarkan untuk membantu lebih ramai dalam kalangan pengusaha rumah Anak yatim dan asnaf di negeri Selangor. Program ini akan dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar bantuan pek makanan kepada mereka.



Berdepan dengan pandemik ketika ini menyukarkan para pengusaha rumah anak yatim dan asnaf untuk terus menyelenggara dan memastikan kebajikan para penghuni rumah tersebut terjaga. Maka kami mengambil inisiatif untuk turut sama membantu dengan memfokuskan kepada keperluan makanan seperti pek makanan yang telah kami laksanakan.



Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ketika berdepan pandemik ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua penyumbang yang turut bersama cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Semoga kita tergolong dalam golongan sepeti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



No 32, Jalan Flora 2B/2, Bandar Rimbayu, , 42500, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
brigadecare@gmail.com
+60187859248
0187859248

Doa-Doa #Penyumbang

ABDUL KARIM BIN HUSAIN

4 tahun yang lepas

Bagilah kesihatan yg baik untuk ku dan ahli keluargaku.sembuhkanlah segala penyakit.lindungilah kami dari pelbagai penyakit.bagilah kami anak lelaki yg sihat dan sempurna sifat.berkatilah hidup kami

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah jauhilah kami hamba2 mu dari azab kubur & api neraka,lpangkan la hati kami menerima Ilmu,membaca alquran,turunkanlah rezeki kepda kami seperti air zam2 mu yg sentiasa mengalir.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Semoga kita semua dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki. Aminnn

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Rabb, ampunkanlah dosa-dosa kami, lindungilah kami semua dan berkatilah hidup kami. Semoga kami semua sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayangMu. Limpahkanlah rezeki yang melimpah ruah buat kami.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah, aku hadiahkan pahala sedekahku ini buat arwah ibu tersayang, Sharifah Rugayah Binti Syed Abdul Aziz, ampunilah dosa²nya, kasihanilah dia dan kumpulkanlah kami di akhirat kelak. Aamiin² YRA.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah, perluaskan rezeki kami ini seluas lautan mu & bahagia kan hatiku ini. Ameen 🤲

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: