PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Aktif sejak Aug 28, 2021

Tentang Penganjur

Kami di Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama D’Olive Kitchen telah menjalankan program Pek Makanan Anak Yatim dan Asnaf bermula dari tahun 2020 lagi yang mana kami memfokuskan kepada Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Paya Jaras.

Melihat kepada keperluan semasa, kami berhasrat untuk meneruskan program Pek Makanan Anak Yatim & Asnaf ini dengan mensasarkan untuk membantu lebih ramai dalam kalangan pengusaha rumah Anak yatim dan asnaf di negeri Selangor. Program ini akan dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar bantuan pek makanan kepada mereka.



Berdepan dengan pandemik ketika ini menyukarkan para pengusaha rumah anak yatim dan asnaf untuk terus menyelenggara dan memastikan kebajikan para penghuni rumah tersebut terjaga. Maka kami mengambil inisiatif untuk turut sama membantu dengan memfokuskan kepada keperluan makanan seperti pek makanan yang telah kami laksanakan.



Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ketika berdepan pandemik ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua penyumbang yang turut bersama cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Semoga kita tergolong dalam golongan sepeti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



No 32, Jalan Flora 2B/2, Bandar Rimbayu, , 42500, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
brigadecare@gmail.com
+60187859248
0187859248

Doa-Doa #Penyumbang

ABDUL KARIM BIN HUSAIN

4 tahun yang lepas

Ya Allah, sembuhkanlah segala penyakit yg aku dan ahli keluarga ku ada ..yang tahu dan tidak tahu..sihatkan baby dlm kandungan isteriku...sempurna sifat dan diberkati serta jantinanya lelaki.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah ampunilah semua dosa2 kami, tunjukilah kami jalan yg lurus,permudahkanlah segala urusan,Kurniakanlah kebahagian &Rahmat mu, kesihatan yg baik,ketenangan dan rezeki barokah melimpah ruah,amiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah.. Murah kan rezeki ku.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

JUBAIDAH BT HJ IDRIS & 6 ADIK BERADIK

4 tahun yang lepas

moga dipermudah. Mintak tolong doakan kebaikan & rahmat pahala berpanjangan buat arwah kedua ibu bapa kami, allahyarham HJ IDRIS bin HJ Hassan & allahyarhamah hjh sarimak bt ITAM & kami sekeluarga.TQ

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Semoga sata dan keluarga dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan tubuh badan. Allah panjgkn umur untuk beramal ibadah. amin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Jika ada pahala sedekah in dititipkan ke arwah kedua org tua saya.semoga urusan mencari rezeki berkat dipermudahkan. Diberikan jodoh yang terbaik utk dunia dan akhirat.semoga diampunkan dosa terdahulu

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: