PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Aktif sejak Aug 28, 2021

Tentang Penganjur

Kami di Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama D’Olive Kitchen telah menjalankan program Pek Makanan Anak Yatim dan Asnaf bermula dari tahun 2020 lagi yang mana kami memfokuskan kepada Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Paya Jaras.

Melihat kepada keperluan semasa, kami berhasrat untuk meneruskan program Pek Makanan Anak Yatim & Asnaf ini dengan mensasarkan untuk membantu lebih ramai dalam kalangan pengusaha rumah Anak yatim dan asnaf di negeri Selangor. Program ini akan dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar bantuan pek makanan kepada mereka.



Berdepan dengan pandemik ketika ini menyukarkan para pengusaha rumah anak yatim dan asnaf untuk terus menyelenggara dan memastikan kebajikan para penghuni rumah tersebut terjaga. Maka kami mengambil inisiatif untuk turut sama membantu dengan memfokuskan kepada keperluan makanan seperti pek makanan yang telah kami laksanakan.



Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ketika berdepan pandemik ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua penyumbang yang turut bersama cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Semoga kita tergolong dalam golongan sepeti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



No 32, Jalan Flora 2B/2, Bandar Rimbayu, , 42500, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
brigadecare@gmail.com
+60187859248
0187859248

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ampunkan dosa kami ,berikanlah kesihatan yang baik buat keluarga kami..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah rahmati lah kedua orang tua ku. Beri lah pahala sedekah ini kepada mereka

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Semoga Allah rahmati ibu dan ayah saya. Ampunilah dosa2 mereka. Semoga Allah berikan pada mereka apa yang Allah berikan pada orang2 yang saleh amin ya rabb

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah murahkan rezeki kami dan berkatilah usaha kami mencari rezeki. Permudahkan urusan kami di dunia dan akhirat. Jauhi kami dari api neraka dan tempatkanlah kami dalam syurgamu.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Doakan semoga anak saya di angkat penyakit nye oleh Allah swt ..semoga anak saya dapat menjalani kehidupan dengan normal ..insya Allah ..semoga anda semua diberkati Allah ..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

ya allah masukkan aku dah ahli keluargaku didalam syurga. Matikan kami dalam husnul khotimah. berikan kami kesejahteraan dunia dan akhirat

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: