PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Aktif sejak Aug 28, 2021

Tentang Penganjur

Kami di Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama D’Olive Kitchen telah menjalankan program Pek Makanan Anak Yatim dan Asnaf bermula dari tahun 2020 lagi yang mana kami memfokuskan kepada Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Paya Jaras.

Melihat kepada keperluan semasa, kami berhasrat untuk meneruskan program Pek Makanan Anak Yatim & Asnaf ini dengan mensasarkan untuk membantu lebih ramai dalam kalangan pengusaha rumah Anak yatim dan asnaf di negeri Selangor. Program ini akan dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar bantuan pek makanan kepada mereka.



Berdepan dengan pandemik ketika ini menyukarkan para pengusaha rumah anak yatim dan asnaf untuk terus menyelenggara dan memastikan kebajikan para penghuni rumah tersebut terjaga. Maka kami mengambil inisiatif untuk turut sama membantu dengan memfokuskan kepada keperluan makanan seperti pek makanan yang telah kami laksanakan.



Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ketika berdepan pandemik ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua penyumbang yang turut bersama cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Semoga kita tergolong dalam golongan sepeti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



No 32, Jalan Flora 2B/2, Bandar Rimbayu, , 42500, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
brigadecare@gmail.com
+60187859248
0187859248

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Hannan medic setuju byr rm 120k kepada she ezz. Ezud berhenti hisap vape dan ganja. Aqish dpat masuk mrsm. Allah angkat semua hutang. Dapat siapkan rumah seceoat mungkib.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

YaAllah mudahkan perjalanan hidup kami didunia dan diakhirat YaAllah makbulkan segala doa n impian kami

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Berikan kesihatan zahir dan batin kpd saya

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah, sembuhkan lah sakit gastrik Suhaida Asyikin Azizan. Berikan kesihatan yang baik kepada beliau,kepada keluarga beliau. angkatkanlah Wabak Covid19 dari muka bumi ini. Amin Amin Amin yrb.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah. Ampunilah dosa arwah Syed Tariq Wafa bin Syed Haris Wafa & seluruh muslimin muslimat. Lapangkan & terangilah kubur mereka & jauhilah mereka dari azab kubur. Masukkan mereka ke dalam syurgaMu

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ROSDIANA BINTI OSMAN

4 tahun yang lepas

Ya Allah haramkan atas kami dan keluarga kami dr api neraka. Mudahkan urusan kami di dunia dan akhirat.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: