PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Aktif sejak Aug 28, 2021

Tentang Penganjur

Kami di Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama D’Olive Kitchen telah menjalankan program Pek Makanan Anak Yatim dan Asnaf bermula dari tahun 2020 lagi yang mana kami memfokuskan kepada Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Paya Jaras.

Melihat kepada keperluan semasa, kami berhasrat untuk meneruskan program Pek Makanan Anak Yatim & Asnaf ini dengan mensasarkan untuk membantu lebih ramai dalam kalangan pengusaha rumah Anak yatim dan asnaf di negeri Selangor. Program ini akan dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar bantuan pek makanan kepada mereka.



Berdepan dengan pandemik ketika ini menyukarkan para pengusaha rumah anak yatim dan asnaf untuk terus menyelenggara dan memastikan kebajikan para penghuni rumah tersebut terjaga. Maka kami mengambil inisiatif untuk turut sama membantu dengan memfokuskan kepada keperluan makanan seperti pek makanan yang telah kami laksanakan.



Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ketika berdepan pandemik ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua penyumbang yang turut bersama cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Semoga kita tergolong dalam golongan sepeti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



No 32, Jalan Flora 2B/2, Bandar Rimbayu, , 42500, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
brigadecare@gmail.com
+60187859248
0187859248

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah ampunilah dosa2ku dosa suamiku dosa ibuku dosa arwah abahku dosa seluruh keluargaku serta dosa muslimin dan muslimag. Ya Rabb Mudahan kami mendapat syafaat baginda RASULULLAH SAW disana nnt.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ALLAHYARHAMAH AMNAH BINTI ABDULLAH

4 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunkanlah dosa2 ibu ku.  Hindarkanlah ibu ku daripada azab kubur dan api neraka. Kurniakanlah kepada ku rezeki yang melimpah ruah yang kau redhai.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan urusan dan mendoakan kejayaan pada kesemu umat

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Semoga kempen dapat mencapai sasarannya. Semoga Allah melimpah rahmat buat semua penyumbang. Semoga Allah kurniakan saya pasangan yang soleh dan zuriat yang soleh dan solehah. Amin.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah kurniakanlah dan limpahkan lah kepada kami rezeki yang luas yang berkat dan halal yang memudahkan segala urusan dunia akhirat Kami Ya Rabb. Aamiin Allahumma Aamiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah, semoga kami diberi kesihatan yg baik, disembuhkan dari segala penyakit, diberi rezeki dan umur yang berkat serta dalam rahmatMu selalu. Jauhkanlah kami dari wabak Covid-19 ini Yab Rab.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: