PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL INSYIRAH

Aktif sejak Feb 04, 2022

Tentang Penganjur

Pertubuhan Kebajikan Dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah merupakan sebuah rumah penjagaan warga emas muslim yang dapat menyediakan kemudahan-kemudahan yang selesa demi menjamin kebajikan dan kesejahteraan hidup mereka. Selain itu, Darul Insyirah juga merangka dan melaksanakan program pendidikan yang dapat meningkatkan maruah, harga diri dan kualiti hidup warga emas dalam keluarga dan masyarkat.


Darul Insyirah sangat menekankan Pendidikan Sepanjang Hayat (PSH) untuk penghuni di Darul Insyirah sama ada untuk bonda yang boleh menguruskan diri sendiri mahupun bonda yang memerlukan bantuan sepenuhnya. Ini adalah untuk mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang bermanfaat, memperbaiki diri ke arah husnul khotimah dan juga mengelakkan masalah kemurungan di kalangan warga emas. Pendidikan di Darul Insyirah adalah bersifat holistik yang mana menekankan secara menyeluruh dalam semua aspek termasuklah aspek agama, emosi, fizikal dan juga isu semasa. Selain itu, kami menyediakan platform menyampaikan ilmu secara fleksibel iaitu kelas bersemuka dan kelas online disediakan dengan bantuan fasiliti yang lengkap bagi memastikan kuliah yang disampaikan dapat memenuhi KPI yang ditetapkan pihak darul insyirah.


Darul Insyirah memperjuangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan warga emas iaitu memartabatkan golongan warga emas, memperkasa tanggungjawab waris terhadap ibu bapa, meneraju industri warga emas yang berteraskan patuh syariah, menjadi perintis dalam menyediakan fasiliti mesra ibadah warga emas, menyantuni golongan "single ladies" dalam pelbagai aspek dengan sebaik mungkin serta "Smart caring home" berteknologi hijau bagi menjamin keselamatan penghuni dan rumah jagaan warga emas yang lestari.




No 72 Jalan Melati Bangi Golf Resort, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor , 43650, BANGI, Selangor, Malaysia
darulinsyirah2013@gmail.com
60107925844
60389209661

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah...ampunkan dosa2 kami...tempat kami di syurga firdaus Mu

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah ampuni dosa2ku Ibu Bapaku Keluargaku Rakan2ku Muslimin muslimat. Jauhkn kami dari azab kubur dan api neraka masukkan kami ke Syurga Firdaus tanpa dihisab. Terima Semua Amal Ibadat dan kebaikan kami semua. Ya Allah berilah taufik hidayah diredai diberkati dirahmati Mu kpd kami semua. Matikan kami husnulkhotimah ringankan sakaratulmaut kami. Kusyuksolatku patuh segala arhan jauhi laranganMu

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Doakan yg terbaik untuk semua hamba Allah yg membuat amal kebajikan dgn hati yg ikhlas.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Anak2 yg soleh serta kembali kepada ibunya. Diluaskan rezeki dan keluarkanlah segala kesedihan dan dilindungi segala ancaman bahaya dan penyakit yg ada didalam diri. Berjaya dunia dan akhirat. Aminn.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MOHD YUSOP MOHAMAD

1 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunkan dosaku, dosa kedua ibu bapaku & dosa seluruh umat islam sama ada masih hidup ataupun telah meninggal dunia.. Aamiinn Ya Rabbal Alamin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: