PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL INSYIRAH

Aktif sejak Feb 04, 2022

Tentang Penganjur

Pertubuhan Kebajikan Dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah merupakan sebuah rumah penjagaan warga emas muslim yang dapat menyediakan kemudahan-kemudahan yang selesa demi menjamin kebajikan dan kesejahteraan hidup mereka. Selain itu, Darul Insyirah juga merangka dan melaksanakan program pendidikan yang dapat meningkatkan maruah, harga diri dan kualiti hidup warga emas dalam keluarga dan masyarkat.


Darul Insyirah sangat menekankan Pendidikan Sepanjang Hayat (PSH) untuk penghuni di Darul Insyirah sama ada untuk bonda yang boleh menguruskan diri sendiri mahupun bonda yang memerlukan bantuan sepenuhnya. Ini adalah untuk mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang bermanfaat, memperbaiki diri ke arah husnul khotimah dan juga mengelakkan masalah kemurungan di kalangan warga emas. Pendidikan di Darul Insyirah adalah bersifat holistik yang mana menekankan secara menyeluruh dalam semua aspek termasuklah aspek agama, emosi, fizikal dan juga isu semasa. Selain itu, kami menyediakan platform menyampaikan ilmu secara fleksibel iaitu kelas bersemuka dan kelas online disediakan dengan bantuan fasiliti yang lengkap bagi memastikan kuliah yang disampaikan dapat memenuhi KPI yang ditetapkan pihak darul insyirah.


Darul Insyirah memperjuangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan warga emas iaitu memartabatkan golongan warga emas, memperkasa tanggungjawab waris terhadap ibu bapa, meneraju industri warga emas yang berteraskan patuh syariah, menjadi perintis dalam menyediakan fasiliti mesra ibadah warga emas, menyantuni golongan "single ladies" dalam pelbagai aspek dengan sebaik mungkin serta "Smart caring home" berteknologi hijau bagi menjamin keselamatan penghuni dan rumah jagaan warga emas yang lestari.




No 72 Jalan Melati Bangi Golf Resort, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor , 43650, BANGI, Selangor, Malaysia
darulinsyirah2013@gmail.com
60107925844
60389209661

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunkanlah dosaku, dosa isteriku dan dosa keluarga kami dan masukkanlah kami ke dalam syurga Firdaus tanpa dihisab. Limpahkanlah, mudahkanlah dan murahkanlah rezeki kami, matikanlah kami dlm husnul Khatimah dan jauhkanlah kami dari seksa neraka dan seksa kubur.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NORFADLI BIN ABDUL LATIF

2 tahun yang lepas

Ya Allah, kurniakan seluruh muslimin, muslimat, mukminin dan mukminat doa, hajat dan keinginan yang baik segera terwujud tanpa susah payah, mudah, cepat dan selamat

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ANUAR BIN SAHID

2 tahun yang lepas

Subhanallah Allahuakbar

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MOHD YAKOP BIN IKRAM

2 tahun yang lepas

Ampuni dosa2ku ya Allah. Hari lahirku 3.4 ini moga hidupku diberkati, dirahmati, diredhai oleh Mu Ya Allah. Engkau aturkan terbaik untukku, aku serah bulat kpd Mu. Matikan ku husnulkhotimah dijauhkan azab kubur api neraka dipermudahkan urusan setiap alam yang Engkau Ciptakan. Dekatkanku dengan Mu Dan Nabi Muhammad. Masukkn aku ke SyurgaMu tanpa dihisab Ya Allah.

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ABDUL KARIM BIN HUSAIN

2 tahun yang lepas

1. diberikan kebaikan dunia dan akhirat 2.dijauhkan keburukan dunia dan akhirat 3.dipermudah segala urusan 4.mendapat kebahagiaan, kegembiraan, kesejahteraan, keinsafan, kesihatan baik 5.jauhi kecelakaan, kesedihan, penyesalan, penyakit 6. anak yg sentiasa membawa kebaikan dan kegembiraan

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HEZLINDA BINTI ABD RAHMAN

2 tahun yang lepas

Saya berniat sadakah ini untuk kedua ibu bapa saya dan arwah adik saya Mohd Firdaus Bin Abd Rahman. Mohon doakan kesihatan saya dan dipermudahkan segala urusan saya di dunia dan akhirat.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: