PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL INSYIRAH

Aktif sejak Feb 04, 2022

Tentang Penganjur

Pertubuhan Kebajikan Dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah merupakan sebuah rumah penjagaan warga emas muslim yang dapat menyediakan kemudahan-kemudahan yang selesa demi menjamin kebajikan dan kesejahteraan hidup mereka. Selain itu, Darul Insyirah juga merangka dan melaksanakan program pendidikan yang dapat meningkatkan maruah, harga diri dan kualiti hidup warga emas dalam keluarga dan masyarkat.


Darul Insyirah sangat menekankan Pendidikan Sepanjang Hayat (PSH) untuk penghuni di Darul Insyirah sama ada untuk bonda yang boleh menguruskan diri sendiri mahupun bonda yang memerlukan bantuan sepenuhnya. Ini adalah untuk mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang bermanfaat, memperbaiki diri ke arah husnul khotimah dan juga mengelakkan masalah kemurungan di kalangan warga emas. Pendidikan di Darul Insyirah adalah bersifat holistik yang mana menekankan secara menyeluruh dalam semua aspek termasuklah aspek agama, emosi, fizikal dan juga isu semasa. Selain itu, kami menyediakan platform menyampaikan ilmu secara fleksibel iaitu kelas bersemuka dan kelas online disediakan dengan bantuan fasiliti yang lengkap bagi memastikan kuliah yang disampaikan dapat memenuhi KPI yang ditetapkan pihak darul insyirah.


Darul Insyirah memperjuangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan warga emas iaitu memartabatkan golongan warga emas, memperkasa tanggungjawab waris terhadap ibu bapa, meneraju industri warga emas yang berteraskan patuh syariah, menjadi perintis dalam menyediakan fasiliti mesra ibadah warga emas, menyantuni golongan "single ladies" dalam pelbagai aspek dengan sebaik mungkin serta "Smart caring home" berteknologi hijau bagi menjamin keselamatan penghuni dan rumah jagaan warga emas yang lestari.




No 72 Jalan Melati Bangi Golf Resort, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor , 43650, BANGI, Selangor, Malaysia
darulinsyirah2013@gmail.com
60107925844
60389209661

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

9 bulan yang lepas

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Zaljalaliwalikram Ya Mujib, Engkau permudahkanlah segala urusan umat Islam di atas dunia ini Ya Allah. Terutamanya umat Islam yang ditindas oleh orang kafir. Sudah lama mereka berjuang di negara sendiri Ya Allah. Allahumma aamiin 🤲

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

9 bulan yang lepas

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Zaljalaliwalikram Ya Mujib, Engkau permudahkanlah segala urusan umat Islam di atas dunia ini Ya Allah. Terutamanya umat Islam yang ditindas oleh orang kafir. Sudah lama mereka berjuang di negara sendiri Ya Allah. Allahumma aamiin 🤲

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

AHMAD SUKRI HASAN

9 bulan yang lepas

Zakat saya

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

9 bulan yang lepas

Bismillahirrahmanirrahim. Pd hari asyura ini, semoga semua dikurniakan nikmat sihat y berpnjangan unt sentiasa memperbaiki amalan kita unt dibawa brjumpa dgn Allah. Semoga segala amalan diterima Allah. InsyaAllah. Dan semoga berterusan dan rezeki yg didapati adlh halal disisi Allah. Amiin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

AB WAHID BIN ADNAN

9 bulan yang lepas

SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MUHAMMAD HUSSAINY YUSREE BIN MOHD DIAH

9 bulan yang lepas

Semoga kedua2 anak diberikan kefahaman dan kelancaran tutur kata serta lembut hati di dalam membesar..moga kami sekeluarga murah rezeki dan dikurniakan syurga firdaus..moga kami dikurniakan kesihatan yang baik

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: