KELAB BELIA IDEALIS TAWANG

Aktif sejak Jul 09, 2021

Tentang Penganjur

Kelab Belia Idealis Tawang di tubuhkan secara inklusif dari warung jalanan semasa melihat gelagat anak muda yang sedang mundar mandir mencari arah tuju kehidupan pasca menduduki pemeriksaan SPM.Ringkasnya ,beberapa dari kalangam kami mempelawa anak muda beberapa sosok itu membantu kami dalam misi mengagihkan air minuman kepada pelajar maahad memandang pada masa itu berlakunya stress haba yang memuncak.

Namun setelah didaftarkan secara rasmi sekitar Mac 2019,Kelab Belia Idealis Tawang atau nama ringkasannya KEBINTANG mula mengorak langkah pertama membuka pendaftaran kepada belia dari bangsa lain seperti siam dan cina bagi memberi satu isyarat jelas bahawa Kebintang adalah persatuan belia anak malaysia didalam mencapai objektif penubuhan.

Beberapa program telah dianjurkan antaranya ialah

A.bantuan permulaan sesi persekolahan tahun 2020 dengan mengagihkan kit alat tulis bagi murid tahun 1 sebanyak 50 murid dari keluarga B40.

B.Kursus jangka pendek baiki telefon bimbit dengan penyertaan 10 orang belia lepasan spm.

C.Menghantar 25orang mengikuti kursus asas Personnel Binaan Anjuran CIDB WILAYAH TIMUR bagi tujuan pengenalan kepada peluang kerjaya dalam sektor oil and gas.

D.menggerakkan tabung bencana musim tengkujuh memandangkan tawang adalah daerah pesisiran pantai yang terletak didlaam jajahan BACHOK yang sinonim saban tahun akan berlakunya musim ombak besar dan hujan lebat.

Namun begitu ,apabila melanda wabak covid 19 serta telah menjadi sporadik sejak akhir akhir ni,Kebintang seakan sunyi dari mengadakan aktiviti kebajikan serta khidmat masyarakat terutamanya mereka yang tercicir dari pangkalan data  dari agensi kerajaan serta lambakan birokrasi semasa PKP 1.0 .


Lot2911 ,Kg Pondok Beris Kubor Besar , 16050, Bachok, Kelantan, Malaysia
idealistawang@gmail.com
0148282891

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah terima lah amalan kami, permudahkan urusan golongan susah.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ZAWAWI HAMID

2 tahun yang lepas

Ya Allah dgn berkat infaq ini ampunilah dosa kami dan kedua ibubapa kami. Sampaikan pahala sedekah ini kpd mereka. Murahkan rezeki kami dgn yg halal dan diberkati. Muliakan akhlak kami.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SITI KHAMISAH MD HASSAN

2 tahun yang lepas

Ya Allah kau permudahkan urusan kereka..alirkan pahala ini keatas kedua ibubapaku,suamiku,anak2ku,keturunanku,seluruh umatMu,kurniakn aku rezeki seluas langitMu,,amin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, Kau ampunilah dosa2 kami, terimalah amalan kami serta lindungilah kami daripada penyakit hati. Kau tanamkanlah keikhlasan dalam hati kami dalam setiap amalan kami

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ALLAHYARHAMAH AMNAH BINTI ABDULLAH

2 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunkanlah dosa2 ibu ku.  Hindarkanlah ibu ku daripada azab kubur dan api neraka. Kurniakanlah kepada ku rezeki yang melimpah ruah yang kau redhai.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SITI KHAMISAH MD HASSAN

2 tahun yang lepas

Ya allah permudahkan urusan mereka.alirkan pahala ini keatas kedua ibubapaku,suamiku,anak2ku,keturunanku,seluruh umatMu,kurniakan aku rezeki seluas langitMu,amin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: