KELAB BELIA IDEALIS TAWANG

Aktif sejak Jul 09, 2021

Tentang Penganjur

Kelab Belia Idealis Tawang di tubuhkan secara inklusif dari warung jalanan semasa melihat gelagat anak muda yang sedang mundar mandir mencari arah tuju kehidupan pasca menduduki pemeriksaan SPM.Ringkasnya ,beberapa dari kalangam kami mempelawa anak muda beberapa sosok itu membantu kami dalam misi mengagihkan air minuman kepada pelajar maahad memandang pada masa itu berlakunya stress haba yang memuncak.

Namun setelah didaftarkan secara rasmi sekitar Mac 2019,Kelab Belia Idealis Tawang atau nama ringkasannya KEBINTANG mula mengorak langkah pertama membuka pendaftaran kepada belia dari bangsa lain seperti siam dan cina bagi memberi satu isyarat jelas bahawa Kebintang adalah persatuan belia anak malaysia didalam mencapai objektif penubuhan.

Beberapa program telah dianjurkan antaranya ialah

A.bantuan permulaan sesi persekolahan tahun 2020 dengan mengagihkan kit alat tulis bagi murid tahun 1 sebanyak 50 murid dari keluarga B40.

B.Kursus jangka pendek baiki telefon bimbit dengan penyertaan 10 orang belia lepasan spm.

C.Menghantar 25orang mengikuti kursus asas Personnel Binaan Anjuran CIDB WILAYAH TIMUR bagi tujuan pengenalan kepada peluang kerjaya dalam sektor oil and gas.

D.menggerakkan tabung bencana musim tengkujuh memandangkan tawang adalah daerah pesisiran pantai yang terletak didlaam jajahan BACHOK yang sinonim saban tahun akan berlakunya musim ombak besar dan hujan lebat.

Namun begitu ,apabila melanda wabak covid 19 serta telah menjadi sporadik sejak akhir akhir ni,Kebintang seakan sunyi dari mengadakan aktiviti kebajikan serta khidmat masyarakat terutamanya mereka yang tercicir dari pangkalan data  dari agensi kerajaan serta lambakan birokrasi semasa PKP 1.0 .


Lot2911 ,Kg Pondok Beris Kubor Besar , 16050, Bachok, Kelantan, Malaysia
idealistawang@gmail.com
0148282891

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, Sesungguhnya aku bersedeqah kerana Mu,& berikanlah pahala ini mengalir kpd Abahku Azmi bin Wan Limah. Aamin Ya Allah Ya Mujib

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Cinta Negara Demi Allah swt

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah kurniakan ku anak lelaki jika itu terbaik untuk kami dan meningkatkan ketakwaan dan keimanan kami untukMu

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah ampunilah dosa2 kami..hapuskan covid 19 ini dpd muka bumi ini agar kami dpt bersatu semula dgn ahli keluarga kami serta lapangkanlah setiap urusan kami dalam mencari rahmatMu..Aamiin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya rabb mohon kesembuh dari Mu buat Kak ana dan maknya yg menhidap covid 19 stage 5, hanya engkau YaAllah maha memberi kesembuhan dan kelapangan kepada kami semua. Ampunkanlah ya Allah kamj

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Mohon doa buat kak ipar sya kak ana dan ibunya yang sedang berada stage 5 covid 19. Ya Allah kau berilanlah kesembuhan pada mereka yg sakit dan kelapangan pada yg sempit.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: