MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN DARUL HUDA

Aktif sejak Apr 05, 2021

Tentang Penganjur
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Madrasah Tahfiz Al-Quran Darul Huda terletak dibahu jalan Kampung Gebok, Mantin di N. Sembilan. MTADH telah berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) sejak tahun 2015. Alhamdulillah, buat masa ini, madrasah kami mempunyai 35 orang pelajar yang kebanyakan dari mereka datang dari keluarga yang susah, namun mereka bersemangat untuk menghafal Al-Quran dengan ikhlas. Matlamat Objektif MTADH adalah melahirkan generasi huffaz Al-Quran yang mampu memberi khidmat dan berfaedah kepada masyarakat setempat. Melahirkan generasi ummah yang mempunyai hafazan Al-Quran yang mantap. Membuka peluang kepada masyarakat setempat untuk mendalami dan menghafaz Al-Quran secara sistematik. Merealisasikan matlamat sifar buta huruf Al-Quran. Membina sahsiah Islamiah yang mantap serta dapat merealisasikannya di dalam masyarakat dan berguna kepada agama dan bangsa. Membina individu yang seimbang dari sudut keperluan rohani dan jasmani untuk berhadapan dengan cabaran semasa dalam kehidupan bermasyarakat. Hajat kami menubuhkan portal di platform Sumbangan.com adalah untuk memudahkan saluran bantuan tuan-tuan dan puan-puan semua kepada madrasah tahfiz kami ini. Allah SWT berfirman dalam Surat Al-Baqarah, ayat ke-261. Maksudnya: Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui. Kami mengalu-alukan sumbangan dari tuan-tuan dan puan-puan semua, supaya sedikit sebanyak dapat memudahkan kami menjalakan madrasah tahfiz kami ini. Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun Maybank kami (Pusat Pengajian Darul Huda - 505103006702) Terima kasih atas sumbangan tuan/puan semua dan semoga dirahmati Allah SWT.

Madrasah Tahfiz Al-Quran Darul Huda, KM21, Kg Gebok, 71700 Mantin, Negeri Sembilan. , 71700, Mantin, Negeri sembilan, Malaysia
mtadarulhuda@gmail.com
067582051

Doa-Doa #Penyumbang

ABD MALIK JAFFAR

2 tahun yang lepas

Ya Allah, engkau sembuhkan kakak ku dari penyakit covid19 dan kau jauhkan seluruh ahli keluarga kami dari covid19 ini

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya allah, berikan lah kami zuriat yg soleh & solehah, ampun dosa ku, 2ibu bapaku, seluruh keluarga ku serta umat islam sluruhnya..aminn

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Smoga dikurniakan cahaya mata buatku dan suami..Ameen

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga malaysia bebas dari covid 19. Amin!

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, limpahkan rezeki yg melimpah ruah dan diberkati kpdku dan keluargaku. Permudahkan urusan jodohku. Aamiin

Anda dan 4 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SEMUT HITAM

2 tahun yang lepas

Ya Allah ampunillah dosa dosa kami. Kurniakanlah kami sekeluarga kesihatan yang baik.Kurniakanlah kami rezeki yang seluas langit mu yang tidak pernah putus dan rezeki yang tidak pernah kami jangkakan.

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: