MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN DARUL HUDA

Aktif sejak Apr 05, 2021

Tentang Penganjur
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Madrasah Tahfiz Al-Quran Darul Huda terletak dibahu jalan Kampung Gebok, Mantin di N. Sembilan. MTADH telah berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) sejak tahun 2015. Alhamdulillah, buat masa ini, madrasah kami mempunyai 35 orang pelajar yang kebanyakan dari mereka datang dari keluarga yang susah, namun mereka bersemangat untuk menghafal Al-Quran dengan ikhlas. Matlamat Objektif MTADH adalah melahirkan generasi huffaz Al-Quran yang mampu memberi khidmat dan berfaedah kepada masyarakat setempat. Melahirkan generasi ummah yang mempunyai hafazan Al-Quran yang mantap. Membuka peluang kepada masyarakat setempat untuk mendalami dan menghafaz Al-Quran secara sistematik. Merealisasikan matlamat sifar buta huruf Al-Quran. Membina sahsiah Islamiah yang mantap serta dapat merealisasikannya di dalam masyarakat dan berguna kepada agama dan bangsa. Membina individu yang seimbang dari sudut keperluan rohani dan jasmani untuk berhadapan dengan cabaran semasa dalam kehidupan bermasyarakat. Hajat kami menubuhkan portal di platform Sumbangan.com adalah untuk memudahkan saluran bantuan tuan-tuan dan puan-puan semua kepada madrasah tahfiz kami ini. Allah SWT berfirman dalam Surat Al-Baqarah, ayat ke-261. Maksudnya: Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui. Kami mengalu-alukan sumbangan dari tuan-tuan dan puan-puan semua, supaya sedikit sebanyak dapat memudahkan kami menjalakan madrasah tahfiz kami ini. Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun Maybank kami (Pusat Pengajian Darul Huda - 505103006702) Terima kasih atas sumbangan tuan/puan semua dan semoga dirahmati Allah SWT.

Madrasah Tahfiz Al-Quran Darul Huda, KM21, Kg Gebok, 71700 Mantin, Negeri Sembilan. , 71700, Mantin, Negeri sembilan, Malaysia
mtadarulhuda@gmail.com
067582051

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, sampaikanlah pahala sedekah/infaq ini kepada kedua ibu bapaku. Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosaku yang telah lalu dan terimalah taubatku Ya Allah. Amiinn.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Oh Allah, I ask You for well-being in this world and akhirah. Especially to those who are struggling, guard them, protect them and bless them with goodness in this world and akhirah. Amin

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, kurniakanlah rezeki yang luas dan halal lagi baik kepada ku tanpa memberatkan ku. Ampunkan dosaku, kedua ibubapaku, anak isteriku, ibubapa mertuaku dan seluruh ahli keluargaku.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, kau permudahkanlah urusan ku dan keluargaku. Kau murahkanlah rezeki aku dan keluargaku. Hanya padamu aku memohon ya Allah. Amin amin ya rabbal alamin.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, jauhkan kami dr bala bencana. Jauhkan kami dr covid 19. Jauhkan kami dr fitnah tipu daya shaitan dan dunia yg fana ini. Amin

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, kurniakan rezeki pekerjaan yg hebat utk suamiku, bebaskan suamiku Dr sihir laknatullah, kurniakan rezeki utk aku, suami & anakku hidup di bawah 1 bumbung. Aaminn

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: