MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN DARUL HUDA

Aktif sejak Apr 05, 2021

Tentang Penganjur
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Madrasah Tahfiz Al-Quran Darul Huda terletak dibahu jalan Kampung Gebok, Mantin di N. Sembilan. MTADH telah berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) sejak tahun 2015. Alhamdulillah, buat masa ini, madrasah kami mempunyai 35 orang pelajar yang kebanyakan dari mereka datang dari keluarga yang susah, namun mereka bersemangat untuk menghafal Al-Quran dengan ikhlas. Matlamat Objektif MTADH adalah melahirkan generasi huffaz Al-Quran yang mampu memberi khidmat dan berfaedah kepada masyarakat setempat. Melahirkan generasi ummah yang mempunyai hafazan Al-Quran yang mantap. Membuka peluang kepada masyarakat setempat untuk mendalami dan menghafaz Al-Quran secara sistematik. Merealisasikan matlamat sifar buta huruf Al-Quran. Membina sahsiah Islamiah yang mantap serta dapat merealisasikannya di dalam masyarakat dan berguna kepada agama dan bangsa. Membina individu yang seimbang dari sudut keperluan rohani dan jasmani untuk berhadapan dengan cabaran semasa dalam kehidupan bermasyarakat. Hajat kami menubuhkan portal di platform Sumbangan.com adalah untuk memudahkan saluran bantuan tuan-tuan dan puan-puan semua kepada madrasah tahfiz kami ini. Allah SWT berfirman dalam Surat Al-Baqarah, ayat ke-261. Maksudnya: Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui. Kami mengalu-alukan sumbangan dari tuan-tuan dan puan-puan semua, supaya sedikit sebanyak dapat memudahkan kami menjalakan madrasah tahfiz kami ini. Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun Maybank kami (Pusat Pengajian Darul Huda - 505103006702) Terima kasih atas sumbangan tuan/puan semua dan semoga dirahmati Allah SWT.

Madrasah Tahfiz Al-Quran Darul Huda, KM21, Kg Gebok, 71700 Mantin, Negeri Sembilan. , 71700, Mantin, Negeri sembilan, Malaysia
mtadarulhuda@gmail.com
067582051

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, limpahkanlah rezeki yg berpanjangan derasnya & berkat kpd ku dan suami ku, juga anak2 aku.Amin Ya Allah Ya Mujib.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, kurniakan kesejahteraan, kejayaan dan ketenangan buat aku dan seluruh ahli keluargaku di dunia dan akhirat.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SITI RAHMAH BINTI IBRAHIM

3 tahun yang lepas

Ya Allah..ampunkan dosaku suami anak2 dan cucuku. Lindungi mereka dari segala bahaya dan masalah.Permudahkan urusan mereka pulang ke kampung tanpa ada sebarang sekatan Aamiin.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NURZALIZA SAHAR

3 tahun yang lepas

Ya Allah..Yang Maha Penyembuh...sembuhkan penyakit kulit anakku Danial Arman Rayyan Bin Ruzaidi Bismillahi syafi..

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

YA Allah, kau permudahkanlah kesihatan dan perjalananku. Moga cepat dipersembuhkan kesakitan ini. Kau lindungi ibu bapa kami, isteri dan anak kami serta seluruh umat islam dibumiMu ini Ya Allah

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

❤️

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: