Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) Cawangan
Wilayah Kelantan telah ditubuhkan pada tahun 1996 dan telah mengadakan Mesyuarat
Agung Tahunan kali pertama pada Ogos 1996. Pada 14 Mac 2018, Mesyuarat Agung kali
ke-23 PERTIS Wilayah Kelantan telah diadakan di dewan Society of the Blind Malaysia
(SBM) cawangan Kelantan.
Persatuan ini ditadbir oleh badan yang dikenali sebagai ahli jawatankuasa PERTIS
peringkat negeri yang diketuai oleh pengerusi. -sila rujuk lampiran 1-
Antara tujuan penubuhan persatuan ini adalah memupuk dan mengeratkan tali
persaudaraan di kalangan orang-orang cacat penglihatan Islam, membela dan
bertanggugjawab atas kebajikan dan menganjurkan serta menggalakkan kegiatan￾kegiatan dakwah bagi faedah orang-orang cacat penglihatan Islam. Oleh yang demikian,
PERTIS wilayah Kelantan sentiasa mengorak langkah bagi memperkasakan persatuan ini
dari segi pentadbiran, aktiviti, kebajikan dan ekonomi.
Buat carian Kempen